Sunday, August 28, 2011

Corat coret Ramadhan - 2 hari lagi saja

 

Cikli ‘s at work.

The girls entah dimanakah mereka telah berada antara Kuala Lumpur dan Kangar.Bertarung dengan ribuan kenderaan untuk sampai ke destinasi.Bawa cik teh baik baik ya.Kalau penat berhenti.Kalau mengantuk berhenti.Kalau lapar fikir fikirlah sendiri.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

agak agaknya naik ini pun lagi cepat sampai.

Makcik home alone.Save for ciknina yang buat kelaku pagi tadi.Tak tahu apa yang ada pada cikli buat dia mengiau panjang nak masuk bilik.She’s getting cheeky lah everyday.Nak orang bagi perhatian saja pada dia.Dan senak perut makcik dengar dia bercakap dengan cikli.Yes,they did have a conversation during sahur.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Nina,nina.

Dua hari lagi nak raya tapi rumah berterabur.Got to have a headstart.Cuci cermin,cuci kipas,cuci bilik air dan macam macam lagi nak kena cuci.

Semua nak buat.Tapi kudrat tak ada.The fever subsided a bit tapi batuk bukan berkurang tapi bertambah tambah.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA         OLYMPUS DIGITAL CAMERA         OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Apa nak kata…..Sabar sajalah.

Entry ini makcik tulis kelmarin.Sayang pula dok simpan saja.Publish sajalah untuk kenangan .hehe

The girls semua dah selamat sampai.After eight hours journey.

Dah berbuka dan bersahur.

Cik Fiesta pun tersenyum saja .Nanti kita pi jalan jalan ya. Tapi tahukah dia jalan kat Perlis sebab dia orang Pahang!

6 comments:

  1. Rumah Mamason tentu dah meriah sebab anak2 dah balik. Miss Nina tentulah makin gedik bila ramai yang melayan tu. purrrr *giggles*

    ReplyDelete
  2. Cikgu...
    di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidil Fitri.. Maaf zahir dan Batin...

    ReplyDelete
  3. CFS
    kalau semua ada esp the boys kan lagi meriah.paen belum lagi sbb besok masih kerja.Dello hmmm raya rumah mak mertua kot...
    Yang ada semua girls saja...includinglah nina si ekor panjang dok lena atas meja.maunya ditolong buat kerja.

    ReplyDelete
  4. Akak,
    Selamat hari raya.Maaf dzahir batin juga dari saya.Aisyah banyak ke baju raya.

    ReplyDelete
  5. Selamat hari raya Cikgu dan family semua.
    Saya pun masih keluar membeli belah yang entah bila nak cukup ni..hahaha

    Adik saya balik rumah mertua dia kat Kangar tu..dekat2 dengan taman guru tu...

    ReplyDelete
  6. Nampaknya yang paling gembira tentulah Makcik si Tuan Rumah. Semua orang sudah balik berkumpul untuk menyambut Lebaran.

    Semoga Raya kali ini lebih ceria dan meriah.

    Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin, Makcik.

    ReplyDelete