Sunday, July 31, 2011

Here’s my card…….

 

Setelah bertanya khabar,merisik berita,menjamu selera,kami bade the people at Puteri Jaya good bye. Terubat rasa hati yang rindu dendam di jiwa. Ku pelok dia erat erat ,cium dia dua tiga kali sebelum kereta menderu lalu.

Bye tokton.Be coming back for berbuka puasa one day.

My mum is still her old self. Frail looking but she’s healthy except for a round of headache once in a while.Oh ya,kami balik berbekalkan kacang bendi fresh dari ladang.Hasil usaha tokton menyucuk tanah.

Sampai di AS, Tesco baru di plaza tol menggamit singgah.Memang pun hajat hati nak membelilah.

Jadi disitu kami berhenti.Baru dapat gaji ,sakanlah boleh joli.

Dari satu bay,ke satu bay kami meninjau dan menjangkau .

Kicap,deodorant,sabun,beras .Beli jangan tak beli ,takut terlepas.

Dan di bay bawang dan rempah,aku singgah.Selunggok kentang aku punggah.

Di kotak cili kering,tangan menguis nguis.Sebabnya bahan yang dicari dah hampir habis.

Konsentrasi ku ter terganggu bila jiran sebelah menyapa:

Pedas cili ni ya.

Haah ..kataku mengia

Kakak masak macam mana cili ni. Bubuh apa.

Tanpa menoleh aku pun beri resepi.Dan si jiran bertanya lagi.

Kakak masak apa dengan cili tu.

Apa saja….mee ,bihun,sambal tumis .

Boleh masak ayam,ikan,udang ,ketam.

Berapa lama tahan cili itu.

Selamanya….selagi peti ais tidak rosak dan bil letrik diberesi.

Dan selepas bertukar soal jawab,baru aku mengangkat muka.

Seorang nyonya muda rupanya dia. Aku senyum ,dia serupa.

Oh ya,jadi guru memang dimana saja.Even di pasaraya.

Asal ada yang nak bertanya.

 

Lain kali aku akan sediakan calling card.Bila ada orang bertanya itu ini,senang saja ku unjuki:

Here’s my card.Sila baca blog saya ye…..hihi.

3 comments:

  1. Mamason takkan nak tukar profesion kot? Jadi Cikgu Masak-masak di Tesco pulak. purrrr *giggles* Nicole

    ReplyDelete
  2. CFS
    Seronok juga jadi cikgu masak masak.Glamour la.hihi.

    ReplyDelete