Monday, June 20, 2011

Sepasang warga tua menolak troli.

 

Hari minggu ini ,aku macam membalas dendam.Dendam pada kain kain yang belum berlipat.Dendam pada debu debu yang berlabuh dimuka perabut.Juga pada karat dan lekit di dinding bilik mandi.

Jadinya dari pagi hingga ke petang,aku beresi semua kerja itu tanpa menghirau perut yang lapar.Sementelah cikli berurusan diluar.Anak bujang ku … ah senang saja nak settle. Pukul 4 nanti baru dia cari makan tengah hari.Pandai pandailah ku pujuk.

Jadi bila jam 4,aku jadi letih seletihnya. Dari memberus 2 bilik air yang karat,membasuh 2 mesin penuh baju baju yang masyam.Kain baju yang berlonggok ku lipat dan susun dalam almarinya.Cadar yang dah seminggu dipakai ku tanggalkan dan tukar baru.Termasuk juga kipas kipas angin ku sawang,Lantai ku sental.

Kesudahannya ….jam 4 aku macam nak patah pinggang yang memang dah setengah reput.

Dan jam 4  itulah cikli balik.

Ha kenapa belum bersiap lagi… kata nak ke AS.

Aku tahu,cikli bukan orangnya yang bila dah buat keputusan,senang nak tukar plan.So mahu tak mahu,letih tak letih aku gagahi bersiap.

Hasilnya…..kelibat 2 suami isteri separuh umur terlihat menolak seorang satu troli penuh barang barang keperluan harian.

Dan tertanya tanya dihati: Dimana ya dapat kekuatan menolak troli sepenuh ruang Tssssco. Bukankah tadi rasa nak tumbang bila berjalan.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

entah apa yang menggelikan hati cikli

 OLYMPUS DIGITAL CAMERA

troli mamason disebelah troli cikli…. yang juga penuh dengan barangan .Sudah tentu bukan keperluan rumah.Tapi untuk RCS dan kucing kucing tersayang.

Besok bila Tssssco dah buka di Kangar,tak perlulah lagi kami ke AS.Dan akan tiadalah lagi makcik pakcik yang singgah makan mee udang dan laksa penang kat foodcourt.

Sedap tau mee udang kat sana.Berbaloi!

Satu catatan yang entah apa apa.I am sooooorrrrry.

4 comments:

  1. Mamason,
    Tu pasal semangat Tssssco dah melekat tu.... Dello dah balik? purrr....meow!

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum Cikgu...

    besar botol air tu!. Wanita seperti kita memang punya kekuatan yang luar biasa, tapi bila dah tak berdaya - rasa bagai nak bangun juga. :)

    ReplyDelete
  3. Cat,
    Betul betul betul.Dello masih belum pulang buat mamason berhati walang.Sedih.

    ReplyDelete
  4. Syukur kerana masih boleh berkerja dan mengurus rumahtangga dalam hari hari senja.Banyak kawan yang bila pencen terus pencen.

    ReplyDelete