Sunday, June 26, 2011

Sayonara En Rusly Saad ….bukan En Rusli Saad



 

En Rusly bukan Rosli


Hari ini 24 hb Jun menandakan tarikh terakhir En Rusly Saad bersama kami.Masih ku ingat hari mula aku bertemunya secara profesional.

 

Add caption
Ditemani suami,aku memasuki ruang pejabat untuk mendaftar diri.Rupanya itu adalah episod En Rusli Saad bertemu En Rusly Saad.Dan En.Rusly Saad yang berada dalam bilik GB adalah kawan lama En Rusli Saad,suamiku…what a coincidence.

Sepanjang minggu ini guru guru sibuk mengatur persiapan untuk majlis terakhir itu.Pelamin di atas stage.Backdrop.Bunga manggar ,sirih junjung ,pasukan kompang…. meriah. Dan mamason kena jadi AJK sambutan dan persembahan.Dalam seminggu itu,membantu mana yang termampu untuk choral speaking .Akhirnya terhasillah pasukan boleh tahan itu.

the Sunshines


Salute to Pn Maryani.Tahun depan kita boleh masuk pertandingan choral speaking dengan team ini.

Sebelum itu sempat kami mendengar taklimat terakhir GB.Rasa hatinya dan harapannya untuk yang akan ditinggalkan nanti.

Dan hari ini kenangan semasa aku juga bersayonara dengan  SK Sena menerpa difikiranku.

Aduh…peristiwa yang berlaku serentak semasa itu macam membawa jiwaku pergi.Dan aku belum mendapatkannya kembali hingga hari ini.Mungkin juga hingga hujung nyawa.

Masa berlalu pantas.Itu yang ku rasakan.Akan ku abadikan kenangan bekerja dibawah pentadbiran mu hingga senile nanti.

2 comments: