Friday, June 17, 2011

Puterakatak

 

Hari tu aku nampak dia terloncat loncat di sebalik timbunan kertas,kotak dan beg plastik. Aku teruskan kerja.

Hari ini bila aku melangkah masuk saja ada macam satu bau yang kurang enak .

Ehhh ada bang…..Aku mengomel . Sambil tangan menekup mulut.

Aku terpaksa biarkan dahulu kerana ada kelas tahun satu  dan tiga.

Selepas 4 waktu pengajaran,aku pulang ke meja untuk melepas lelah.

Bau yang kuat menerpa dari arah lantai mejaku. Ku keluarkan beg beg plastik yang tersusun .Hmmm betullah tekaan ku.

Kesian .Bang …… katak ku temui terpenyet dibawah beg alatan mengajar.

Entah entah putera katak.Tak sempat buat menantu.Aku berseloroh.

Sepantas kilat aku keluarkan bangkai katak yang dah leper dengan penyapu.Bau busuk menerpa hidung walau bangkainya sudah di buang.

Kakitangan syarikat cuci ku cari hingga hujung sekolah untuk membersih dan mewangikan balik ruang kerja ku.

Tapi rasa geli geleman itu mengikut ku hingga pulang ke rumah.Dan kenduri pulut kuning terpaksa aku lepaskan.Tak lalu tekak nak telan rasanya.

…….. itulah situasi biasa yang dapat kita lihat dalam bilik guru –guru kebanyakan sekolah rendah..Dengan meja disusun back to back . Macam pasar siti Khatijah pun ada.Walau grade DG 41 atau guru kontrak,disitulah mereka .Dengan buku kerja murid,buku rujukan dan segala adik beradik alatan.

……Baru teringat meja dan kerusi empuk GB dalam bilik air con…hehe.Tapi masa itu telah berlalu.

No comments:

Post a Comment