Thursday, June 23, 2011

Cucu cucu atok

 

Aku sedang mengurus kelas se belum kelas dapat di mulakan. Taaaaake 5 …aku memberi arahan. Take five adalah buffer zon untuk menenangkan keadaan kelas.

So 30 kepala kena diletak atas meja.Hanya assistants kebersihan saja yang dibenarkan bangun dan membetulkan itu ini.

Tiba tiba:

Ayah cari bini

Bini ayah lawa.

?????????

terdengar satu suara riang menyanyikan lagu .

Hai siapa yang seronok sangat ayah dia cari bini ni? Aku menyoal.Serentak dengan itu kepala kepala yang tersengguk dimeja bingkas bangun.

Ayah saya tak cari bini.

Cikgu tau dak ….bla bla bla.

Cikgu bapa dia kan ….bla bla bla.

Hai cucu cucu ku.Murid tahun 1.Bercerita jadi kegiatan nombor satu.Besar nanti jangan jadi kepoh sudahlah.

 

Itulah antara asam garam ragam anak anak yang ku ajar setiap hari.

4 comments:

  1. hahahahaha...
    kisahnya...
    kiranya seawal umur 7 tahun dah pandai gosiplah kan?...

    ReplyDelete
  2. akak,
    agak agak bila dah dewasa ,kalah mami jarum

    ReplyDelete
  3. Puan,
    Terima kasih kerana meninggalkan jejak di blog saya. Catatan puan juga tidak kurang menarik!

    ReplyDelete
  4. Budak2 ni memang menghiburkan..Cuba korek cerita dari dia orang, segala benda keluar.

    ReplyDelete