Monday, June 27, 2011

Bertimpa timpa tangga

bila tenang, dia mendamaikan....

 

Baru benar talipon diletakkan bila dia menerima satu lagi kejutan.Dia terduduk.Berkerut wajahnya.

Dia kemalangan lagi….si suami membuka cerita.

Kereta total loss.Turn turtle .Mujur dia hanya luka luka kecil.

Merembes air mata si ibu.Kan baru tadi dia menalipon ibunya memberitahu tentang masaalah di tempat kerja.Puas ibu memberi semangat.Jangan gugur sebelum jatuh.Walau jatuh,bangun kembali.

Aduh anak itu.

Malang bertimpa timpa.

Dicurigai  sehingga malu dibuat diri.

Diuji sakit yang tak tahu apa sebabnya.Mungkin angkara orang tak suka.

Kemalangan kenderaan yang bukan empunya diri punya angkara.Bukan sekali tapi dua. 

Mak minta maaf segala dosa.Takut tak sempat memohonya.Jauh jauh dia berkata.

Si ibu berkaca di mata.Sebak menguasai dada .

 

Anakku

Andai diuji bertubi tubi.,bukan bermakna Tuhan dah benci.

Kuatkan semangat dan jati diri

Menjadi puteri bersemangat srikandi.

Kalau semua ini dapat kau lalui

Dengan berani.

 

Pada Allah kita berserah

Semoga semua perkara dipermudah

 

hidup hanyalah satu perjalanan

tak terduga kita apa kesudahan

ada masa jalan lengang terbentang

ada masa seribu rintangan

5 comments:

  1. sabaq mamason...Allah bukan sengaja menduga seseorang kecuali ada hikmahnya...jika sabar, akan naik lar darjatnya di sisiNya...insyaallah...

    ReplyDelete
  2. cikgu...
    semuga segalanya dah beransur baik...
    setiap kejadian ada hikmahnya...
    Allah menguji kita kerana KasihNya juga...

    ReplyDelete
  3. Semoga segalanya akan segera berakhir dengan kebaikan. Kita tidak mungkin dapat emmbuatkan semua orang suka kepada kita. Namun kasih Allah itu yang lebih utama. :)

    ReplyDelete
  4. Faizah,
    Kita share sedih tu ya. Kurangla sikit rasanya .

    Sihan,
    Insyaallah..moga moga mamason tak tersungkur dengan ujian ujian yang datang

    Akak,
    Begitulah pinta hati ini.Apa ujian yang datang hanyalah cubaan. COBAAN.

    Kakcik,
    Bila terkena pada anak,rasa ujian itu lebih hebat.

    ReplyDelete