Thursday, March 17, 2011

You make my day

 

Setiap kali diberi tugasan,ada saja alasan.Buku hilang.Buku tak bawa.Atau dia buat kerja yang dia suka sahaja.Hinggalah hari itu mamason dah tidak boleh bersabar lagi.

Nah ,ambil RM1.00 ni pergi beli buku.Tapi buku ni tak boleh koyak koyak.Tak boleh hilang.Tak boleh lukis mesin padi. Tau?

Dia mengganguk.

Mamason biarkan dia membuat kerja cara dia sendiri.

Terpegun mamason.Inilah hasil kerja yang dibuatnya walau pun selama ini nak sudah satu baris ayat pun dia keberatan.Terus mamason tunjuk kerja dia pada kawan kawan dan suruh mereka give a round of claps for him.Tersengih dia kesukaan.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Besok,dia orang pertama ke meja guru untuk menanya homework ada atau tidak.

 

Pasukan bola baling sekolah dinobatkan johan kawasan pendidikan dan akan mewakili kawasan ke peringkat negeri.Satu kejayaan bagi sekolah yang hampir hampir SKM.Tahniah.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Sebenarnya,bukan saja pencapaian 5A yang membungakan hati seorang guru.Tetapi juga bila dapat mengambil perhatian seorang murid yang dicap nakal,malas,lembab menyukai pelajaran kita.Itu sebenarnya kejayaan.Lebih lebih lagi kalau murid itu seorang anak kampung.Yang daif.

Teringat seorang murid yang mamason ajar di Utan Aji.Juga di Seri Indera.

6 comments:

  1. Semoga semangatnya untuk belajar terus membara dan akan menjadi insan yang berjaya. InsyaAllah. :)

    ReplyDelete
  2. Saya masih ingat mesin padi tu !!! Sy rasa dia ada bakat melukis la... Mamason kena puji dia lagi :D Tengok... dia dah semangat nak buat homework he..he..

    ReplyDelete
  3. lady,
    aha.Kalermengkaler,koyak menkoyak,conteng menconteng.

    ReplyDelete
  4. Kakcik,
    Alangkah bahagia kalau dapat memimpin anak ini jadi berjaya.

    ReplyDelete
  5. I amsterdam,
    His skill dalam lukisan akan diguna untuk buat frieze bilik SAL.Dan kalau dia boleh membaca ,mamason will be a proud and a happy teacher.

    ReplyDelete