Tuesday, March 1, 2011

it must be the weather

 

Cikgu nak minum

Cikgu boleh beli air kat kantin

Cikgu letihlah

 

Hai macam macam kerenah anak anak murid hari ini. Dan lebih gelihati lagi bila sianak cilik bersuara:

Cikgu hari ni kita tak belajar ke?

Hari ini aku berstory time .Memenuhi ruang shared reading.Murid ku kumpul keliling dan memimpin mereka membaca dari BIG BOOK. Cerita the Great Big Turnip . Selalu nya mereka baca buku teks tapi hari ini bila secara santai belajar,tentulah mereka keliru.Belajar ke tak?

Mengajar anak anak tahap satu sesuatu yang meminta sobarrrrr. Lebih lagi dalam keadaan sekolah yang sedikit pedalaman dan bilangan murid hanya satu kelas.Disitulah semuanya.Dari high achievers,linus dan pemulihan.Jadi mengajar satu kelas macam mengajar 3 kelas serentak.

Itulah jadinya ………Sedang yang lain fokus,ada yang nak jadi stuntmen,nak jadi mcgyver.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA         keletah hero dalam kelas.Bila ditanya nak jadi apa,senyum meleret saja.Bila ditanya kenapa ditape dahinya…senyum meleret sekali lagi.

Tadi seorang murid tahun enam menangis teresak esak dan puas ku pujuk masuk kelas kerana di ejek oleh kawan kawan.Selepas memarahi murid lelaki yang membuat onar dan mengarahkan mereka memohon maaf barulah reda tangisannya dan mahu belajar kembali.

Mungkin cuaca panas kering membuat mereka demikian. Sabar sajalah mamason.

3 comments:

  1. apa pendekatan yang terbaik agaknya eh? cikgu, over here dari awal2 dah ada streaming. maka yang lemah terus ketinggalan walau di beri options.

    though saya faham ini untuk kemajuan negara namun saya kurang senang kerna sistem ini melahirkan kumpulan elite dan sebaliknya.

    ReplyDelete
  2. Mamason,
    Silap haribulan, cikgu jadi makcik kantin.... har har har *evil laughs*

    ReplyDelete
  3. Noir,
    Disini pun seawal tahun satu pun dah ada streaming.
    Mengajar kelas bercampur,kadang kadang semput cikgu cikgu.

    Cat,
    Takat makcik kantin,masih alright.Ada masa jadi nanny,cleaner.

    ReplyDelete