Monday, February 28, 2011

entahlah

 

Si penceramah memberi tugasan.Buat list whats new in education.Dasar baru,kaedah baru. Eh,manalah nak hadam semua dasar dasar bila dah keluar dari system tu.Jadi terkial kial jugalah aku memerah otak nak mengingat apa yang in things at the moment.

Mana lah nak mendalami apa itu SBT,KSSR,MBMMBI,e –baieah,dan berapa puluh lagi acronyms .Masa aku keluar cluster scholl tu yang dihebohkan.Bangga juga kerana semasa hari persaraan sekolah ku mendapat taraf sekolah cluster dan pencapaian nya merentasi lebih 80% dari semua aspek.Juga jumlah tertinggi pencapaian 5A seramai 50 orang.Rekod yang belum dipecahkan.hehe.

Sekarang ni dengan SBT lebat sunggoh habuan tenaga pengajar .Tapi nak perolehi itu semua bukan sedikit peluh dan airmata yang tertumpah.Faham sunggoh aku tentang pengorbanan staff .Berkampung ,bermalam disekolah untuk kerja kerja yang tak berpenghujung.Bertimbun paperwork yang perlu dilangsai.Dan tahap stress yang terlampau.

Entahlah ,lepas SBT apa pula yang akan datang.Kita lihat tahun hadapan.

Tapi tahun hadapan makcik mungkin tidak menyambung kontrak lagi.Entahlah.

3 comments:

  1. As salam,Mama,tried to call you but you didnt answer~ Love u!

    ReplyDelete
  2. Salam Cikgu...
    tiapkali bertukar menteri pelajaran.. bertukarlah semua sylibus
    begitulah hingga seterusnya...
    yang pening kita ibu bapa dan guru2..

    ReplyDelete
  3. Akak,
    menteri berlumba nak tinggal jejak bertapak,supaya dikenang jasa yang secupak.Tapi yang selalu pening ibu bapak.Sebab anak anak jadi bahan kajian

    ReplyDelete