Wednesday, February 16, 2011

bila cili masuk kemata

Time to wake up .Time to wake up.The time is 5.10.The time is five ten.Time to wake up….

Ya lah. Nak bangun ni.

Dengan mata separuh tertutup aku menuju dapur.Ada tugasan menanti.Periuk belanga semalam belum berbasuh.Dengan penyental belanga dan sabun pencuci, pinggan mangkuk ku sental.Dan terakhir adalah giliran periuk gulai ikan yang dihangatkan selama 2 hari.

Sental punya sental..aduh! Terasa berpinar biji mataku. Aku terpercik kuah gulai kedalam mataku.Apalagi gelap dunia ku  seketika.Dan hanya selepas operasi menjurus air baru sedikit lega ku rasa.

Airmata memang membasuh pedih kuah gulai terpercik ke mata.

 

Tapi sedih dihati tak terhapus jua.Dont know when it will go away.For good.Tu la sapa suruh dok sentimental sangat.

2 comments:

  1. Assalamu'alaikum Cikgu...

    ada masanya perlu juga berjiwa sentimental. Nak harap orang layan, mungkin lambat atau tiada - baik kita layan jiwa kita sendiri. :)

    ReplyDelete
  2. Mamason,
    ((((((HUGS))))) Peluklah Dell tu....buat memujuk hati. purrr.....meow!

    ReplyDelete