Sunday, January 16, 2011

Misi mencari

 

Hari itu,anak ganteng round satu perumahan,jajahan,kawasan unntuk mencarinya.

Hasilnya dia kempunan .

Bila mamanya terdengar ada bahan itu disuper..U * ma dia serbu ke sana selepas kerja.Di rak rak hanya ada minyak yang tak pernah di guna.Dia ke kaunter:

Dik ada tak.

Habis dah kak.

Kecewa lagi.

 

Hari tu mamanya terbaca dalam blog T*sco ada jual bahan itu dengan homebrand.Home brand home brand lah.So petang itu,kedua laki bini separuh baya menuju AS bukan jajahan Obama menuju T*co.

Dilihat kebanyakan troli ada 2 botol besar bahan yang dicari.Tergesa gesa dia mencari dan menanya.

Dik…kat mana ya ?

Kak,kat hujuuuung sana.Sambil tangan mengerewang menunjuk arah.

Cepat cepat si bini menolak troli menuju arah di tunjuk.Dalam tergesa gesa bucu troli menembusi kampit beras.Apalagi terburailah beras itu keatas lantai.

Tapi misi nya nak cari bahan yang lebih berharga dari emas masa ini.Tauke supermarket kaya raya tentu tak terkesan dengan kehilangan beras sekampit.Kenapa letak harta ini dilauan sempit dan nun dihujung benua?

Dia mencapai 2 botol.Lega.

 

Kalau kat C**a,penyorok bahan mungkin kena hukum tembak. Pergi mamps semua konspirator .Menyusahkan rakyat adalah.

5 comments:

  1. Betul, setuju ayat “menyusahkan rakyat”.

    Kebanyakan pemborong/peniaga yang melakukan sesuatu sehingga terjadikan penyusutan mendadak bahan runcit di pasaran, memang golongan yang pentingkan diri!

    ReplyDelete
  2. Dapat juga akhirnya ya Cikgu? Alhamdulillah. :)

    ReplyDelete
  3. cikgu...
    memang teruji betul kita bila rasa susah sangat nak mendapatkan sebotol minyak masak...
    rasanya tak mahu guna jer mainyak masak dalam masakan.. tapi memang tak boleh... sedikit pun masih kita perlukan...
    memang patut hukum tembak jer pada 'penyorok barang keperluan'...

    ReplyDelete
  4. Dear Mokja,
    Jangan guna benda tu banyak-banyak. Tak baik untuk kesihatan. Cuba steam and boil pula!! Tapi orang yang tulis ini pun nak pergi goreng cok udang sat lagi!!!!!

    ReplyDelete
  5. Siti,
    cadangan yang bernas.kena buat slogan....Steam,bake,Boil .Say No to Oil.

    Akak,
    penyorok barang keperluan rakyat adalah musuh negara.Kena kena ada strategi kearah ini tak.

    Kakcik
    Saya borong 2 botol besar. Mau tahan setahun!

    Azie,
    hari ni minyak.Besok kopi gula.Boleh lagi bertahan.Kalau beras pula yang disorok,tentu lagi haru.

    ReplyDelete