Tuesday, January 18, 2011

Misi mencari -2

 

Dari Alor Setar kami ke sempadan Malaysia Thai.Tujuan: mencari kasut yang dapat menolong kak ki naik tangga dengan selesa.

Di AS bukan Amerika Syarikat kami hanya sempat ke T*sco .Tujuan utama : mencari minyak masak dan secondary reason mencari kasut. The main reason was accomplished successfully walaupun in my eagerness I accidentally tore a bagful of rice. Hehe cepat cepat beredar sebelum apa apa terjadi.Di sudut mataku nampaklah si Bang La menyapu ditempat itu.

Selepas melangsaikan segala bayaran ,kami melilau cari kedai kasut.Macam tertipu dengan ingatan yang kedai Sc*oll ada di situ.Tapi yang ada adalah keterbalikan daripada perkataan S*x dan Bricks. Namun hampa sekali….yang aku berkenan itu lah yang tak ada.Bukan sekali tapi berkali kali saiz 7 tak ada.

Tengah hari ini misi mencari kasut diteruskan hingga merentasi sempadan.Ke kedai Bebas Cukai Pdg Besar kami tuju.Kasut Sc*oll memang ada tapi sekali aku dikecewakan. Saiz 7 tidak ada .

Ini membuat aku berkonklusi….orang Malaysia semua kaki saiz 7 ke?

Akhir sekali aku merembat saja kasut Ba*a yang berharga 30 RM di Kangar.Besok aku akan pakai dia untuk misi naik tangga turun tangga.Kita lihat samaada dia sama terror dengan Scholl atau Hush Puppies atau Marie Claire atau kasut kasut mak datin sekelian.

Kalau dia berjaya tidak menggigit kakiku….Bata akan jadi pilihanku hingga akhir hayat.Cayalah.

Hari ni orang Kedah serbu Pdg Besar.Cuti rupanya mereka.Dalam restoran semasa makan,segerombolan lelaki wanita berbaju hitam berkumpul semeja. .Tapi satulah…eh kenapa suara wanita wanita itu nyaring betul.Kalah kaum lelaki.Aku memang phobia dengan suara wanita yang nyaring.Kalau bersembang bergelak ketawa tidak mencerminkan kesantunan wanita Melayu.

Anak anak adik adik ingat pesan ibu kakak ya:

Perlahankan suara.

gelak ketawa.

Labuhkan baju anda,

tutup pong***g ya..

kerana semua nya

tak manis dimata

tak enak ditelinga.

tapi kalau nak buat juga

apa aku nak kata!

Apa apa pun mencari kasut saiz 7 memang memenatkan! Lebih lebih lagi kaki tapak sulaiman.

8 comments:

  1. Mamason,
    Pi Langkawilah...dah alang-alang berjalan jauh cari kasut Scholl tu kan? purrr.....meow!

    ReplyDelete
  2. Tapi langkawi diseberang laut.mamason malas nak naik boat.

    ReplyDelete
  3. sama lah kak kita ni..kaki macam tapak sulaiman..yang sedap di pakai cuma brand tu je laa..nasib baik kat sini ada kedai nya ...

    ReplyDelete
  4. Landasan keretapi kena kukuh,gitu juga lah kaki kita.Tu yang biar mahal asal selesa.

    ReplyDelete
  5. Makcik... kasut saiz 7 semua saya dah beli.. hehehe sebab kaki saya memang size 7!

    BATA pun ok juga, tapi saya lebih suka seliper jer, kalu kasut Vincci sajalah sejak dulu.

    Padang Besar? Rindu nak pi sana lagi.

    ReplyDelete
  6. Kaki saya bukan saja saiz besar tapi lebaaaar.Tu yang susah nak cari kasut.
    Mai lah Perlis.boleh pi shopping kat PB atau kalau ahad sabtu boleh ke wang kelian.Tengok panorama pun cantik.Makan boleh tahan.

    ReplyDelete
  7. jauhnya cari kasut? Kat pekan china tak dak ka? Heh3...

    ReplyDelete
  8. Uncle,
    Bazaar china ada kat Kangar.Tapi kaki tua ni tau pula nak branded shoes.Mengada betul.Masa muda kasut apa pun boleh tapi bila dah berusia,kena cari yang betul betul comfy.Lebih lagi kena naik turun tangga 3,4 tingkat sehari 3,4 kali.Phew.

    ReplyDelete