Saturday, January 29, 2011

Bila mata masuk habuk

 

Lepas subuh,aku berkunjung ke blog obe. Blog anakmuda yang postingnya aku gemari…his own persepsi.Selain bujal yang kadangkala merapu tapi berilmu.

Di obe’s,I was swooned by two videos.Pak maun versi matsaleh punya dance steps sunggoh menghiburkan.Dan cerita tentang chris medina ,a AI hollywood wannabe sunggoh sunggoh menyentuh hati.Tentang setia seorang lelaki pada tunangnya yang mendapat kecelakaan jalanraya.Tentang cinta chris medina yang tak beralih arah walau tunang nya yang mula mula cantik jelita bertukar menjadi kurang upaya.

Siang tadi mata aku masuk habuk bila aku sign surat berdaftar dari tetuan …….Walau nokhtah telah terpahat,tersimen namun kenangan akan terusik ,tersentuh kalau tercuit.

Dan pada insan insan yang menganyam bahagia atas sengsara orang,anyamlah bahagia kamu dalam senyap.Usahlah digendangkan ke seluruh alam semesta kalau bahagia kamu adalah atas deraian airmata orang lain. Kerana orang yang kamu sakiti punya ayah,ibu ,saudara yang tumpang rasa sakitnya.Pedihnya.Kecewanya.

Hanya tuhan mengetahui sayu hati seorang ibu .

2 comments: