Wednesday, January 12, 2011

Bila berjalanan….ingat banyak perkara.

Sekarang bila berjalanan ,kita banyak dipermudahkan . Tempat makan ,stesen minyak,tempat solat telah disediakan.

Namun bila berjalan ,ie berkereta kita tak sepatutnya ambil mudah.Berserah pada takdir semata. Andai nak terjadi apa apa ,biarkan kerana itu telah tersurat.Tersuratkah kalau kita yang menempa bahaya.Bawa macam orang gila.Mencilok sini sana.Mencium bontot kereta orang itu yang paling suka.

Tahukah kita ,statistik kematian jalanraya kita sangat tinggi.kita tak perlu berperang ,tak perlu bencana alam untuk data ini.Bukan sekali dua kita hanya seinci saja dari kemusnahan kerana kecuaian diri.Mata membelek message yang diterima or mencari nombor orang yang hendak didial,stereng entah kemana ..silap silap parit terjunnya.

Kenapa ya sifat lemah lembut bertukar ganas bila di jalanraya.Lambat kena high beam saja ,darah dah menyirap,kena hon sikit dah keluar tangan tunjuk jari.I hate these kinds of drivers and their driving.

Papan tanda jalanraya macam perhiasan saja. Sepanjang jalan menuju Ipoh sebelum tol Jelapang,berderet ingatan Low gear.Tapi driver macho selalu tidak mengindahkannya.Gear masih di nombor 4 .Malah 5. Issssh .

Bukan sekali dua jumpa treler treler panjang dibawa laju dengan plastik berkepak di tiup angin.Ehh apa jadinya kalau tarpan itu menyerkup kereta dibelakang.Bukan sekali dua jumpa lori membawa muatan besi buruk membumbung tinggi.Lori kayu balak dengan muatan yang nampak bila bila masa boleh terlucut.

Setiap kali berjalanan….kita seperti sign our own death cert. Kerana walaupun kita berhati dan berhemah dalam pemanduan,kalau dah sampai masa ….

Jumaat itu sekali lagi terpaksa menempuh jalan berliku highway Plus utara selatan..menghantar si bongsu ke kolej.KL we have to go ..kalau tak kerana tugas boleh saja langsung ke Kuantan merentasi lebuhraya ke pantai timur.Makan sata,keropok lekur dan hirup angin laut Teluk Cempedak.

Now,starting 3/1 ,at 6.45 latest,I would be behind the wheels taking the Alor Star-Jitra road.It is still dark when I hit the road.There were many others like me who have to be at work before 7.30.Masa balik bersaing dengan ratusan trafik juga satu ujian.Kelmarin,berjuang dengan mat rempit in the making yang beruniform .Aduh….seriau darah .

6 comments:

  1. i have to be in the office by 9, but to beat traffic yang menyakitkan kepala, juga kena keluar by 6.45

    banyak hidup di tengah jalan saja

    ReplyDelete
  2. hei kucing.

    sila cemburu.rumah saya ke tempat kerja 7 minit sahaja tahu!haha~~

    makcik~~saya takut nak potong lori bawak kayu balak~rasa trauma sangat~he~~

    ReplyDelete
  3. KOG
    Agak agak kalau dijumlah bertahun lamanya kita duduk diatas jalan all our lives.

    ReplyDelete
  4. Memang pelik dengan sikap manusia. Yang lemah lembut boleh bertukar jadi ganas sebaik memegang stereng kereta! :(

    ReplyDelete
  5. Bujal,
    lori balak jarang kelihatan di Perlis.Yg banyak lori ikan dari Siam.Kalau berseliseh kena tutup hidung.

    ReplyDelete
  6. Kakcik,
    Mujur makcik ni lemah lembut dalam kereta.Selalu mengalah bagi orang lain pi dulu.

    ReplyDelete