Thursday, December 30, 2010

Suzuki cup….Syabas Msia.

Semalam Dell perhati orang orang dalam rumah no.7 macam histeria.Sekejap bertempik GOLLLLLL. Sekejap marah .Lebih lebih lagi pakli yang conquer habis siaran astro.Mamason tengok tv belakang….la tv 1 . Yang Dell nak gelak mamason dah habis bertempik baru terdengar pakli bertempik pula.Sahut menyahut.Ada pula rhythmnya.

Perlawanan yang nampak berat sebelah,mujur penjaga gol gagah menepis segala asakan lawan.Hai belum habis makcik menoktahkan ayat pakli dan kakaten dah menjerit GOLLLLLLLLLL.Malaysia dah menerobos gol lawan.YEA!

Bukan mamason,pakli serta kakaten saja yang tengok perlawanan,adik adik Dell pun minat juga.Lihat tu Miss Nina pun sampai tak berkelip mata melihat screen .Heh..tahukah apa yang dia lihat tu.Si Ricci pun sama.Terjengok jengok lehernya melihat TV yang berkelip kelip tu.Nak tahu bila kakina dan kakolin pulang bercuti mereka namakan adik Ad dan Id ,Nina dan Ricci… sempena parfum kegemaran merekalah tu apa lagi.

*

Tapi kan kenapa ya cameramen asyik dok tunjuk gambar awek Indon yang cewek saja.Setiap kali penonton disorot mesti gambar perempuan cantik yang ada.Hidung belang sunggoh!Hidung Dell bersih….putih ..dan tak ada belang belang.

Dell tak minatlah tengok bola.Dell tertidor masa perlawanan itu.Bila Dell terbangun….Malaysia MENANG!

20 minit sebelum tamat Indonesia menerobos gol kita.Nasuha namanya.Taubat!Tidakkkk dah 2 gol sekarang.Janganlah Indonesia kecundangkan Malaysia.

Tapi lega Dell bila wisel penamat ditiup.

MALAYSIAmemangMENANG!

*

Mehbooba Malaysia.

 

5 comments:

  1. Samalah nombor rumah kita Cikgu!...

    Saya pun semalam terjerit sama bila pasukan Malaysia mendapat gol.. hehehe...

    ReplyDelete
  2. Mamason
    Alhamdulillah Msia menang tu pun 'diorang' tak faham awat Msia menang sedangkan 2-1 berpihak pada mereka. Sigh ..

    I tengok sipi2 aje match tu sbb elakkan diri dari terover nerbes.

    ReplyDelete
  3. rugi mamason dah pencen... kami dapat cuti free, hehe :)

    ReplyDelete
  4. tahniah dan syabas melayu...i mean malaysia.

    awaiting your 'back to work' stories.

    ReplyDelete
  5. Salam Mamason,

    Auntie semalam pun sesak nafas dibuatnya!:-)

    ReplyDelete