Monday, December 27, 2010

repot mingguan – hey hey santa claus

 

Cuti Krismas,Sabtu 25 Dec.2010 ….. semua anak balik berkampung di no.7. Cuti syarikat yang berkiblat UK membolehkan sianak dari SK dapat bercuti.Anak ke empat pun dah balik dari Oz,sulung dari Pahang dan yang ke 3 masih di rumah.So hujung minggu ini mamason dapatlah melihat semua anak berkumpul bersama sama.Dah dua tahun tak dapat berkumpul ramai ramai sekali.

So bila berkumpul,agenda afdal tentulah makannnnnnnnnnnnnnnn. Dan tempatnya di Peghelih tentulah gerai ikan bakar Kuala Perlis.Mak ai…punyalah ramai orang dan mamason sekeluarga terpaksa beralah cari tempat lain.Bas bas persiaran berplet luar pun beratur panjang sepanjang jalan. Kat arib pun sama juga.So akhir sekali kenalah kami beralih ke kedai lain.Mujur ok.Boleh datang lagi.Oh ye pernah sekali berkunjung tapi bila pelayan meletak pinggan dengan kasar langsung kami cabut.

The next day ,makan makan masakan rumah.Daging korban masih terismpan elok buat mee kuah.So hari ni pagi petang siang malam kembong perut dengan mee.Dan tokma dan paksaad yang berkunjung pun membawa mee sebagai buah tangan.

Eheh…actually makan makan ni sempena harijadi cikli  baru baru ni.

Akibat dari broadband yang tak broad,gambar gambar tak dapat upload.Tapi cara cara mee dimasak tu ada di http://tinkeringthink.blogspot.com/2010/04/mee-kuah-pak-long-jpl.html.

Broadband yang slow macam siput ni juga buat mamason letih nak update blog.Actually debaran nak ke hospital for medical checkup pun semakin kencang.Takut seh.

Tahniah buat skuad Msia menang piala Suzuki tadi.Moga moga perlawanan di Indonesia nanti juga beroleh kejayaan.

8 comments:

  1. Dah dapat berkumpul sekeluarga, memang happy seorang ibu bila kesemua anak2 dpt bersama2..
    Enjoy yr days with yr children..

    ReplyDelete
  2. Marina,
    Baru terasa nak masak macam macam utk mereka .Tapi minggu depan sunyi balik dah rumah ni.

    ReplyDelete
  3. Baru2 ni, saya singgah lagi makan2 di Linda Ikan Bakar, Kuala Perlis tu. Entah bila dapat berjumpa dengan Cikgu! :)

    ReplyDelete
  4. Mamason

    Tahniah Teacher *wink*. Are you excited?

    Hoping that your medical check up goes well.

    ReplyDelete
  5. cikgu...
    kami sekeluarga pun cukup suka makan mee...
    selalu masak sendiri sebab selalu kena mee yg tak sedap.... mujur dah pandai masak yg sedap.... bertahun jugaklah mencuba...

    ReplyDelete
  6. Kakcik,
    kami selalu ke Arib .Ada rezeki kita jumpa ya.tapi kalau plan ada saja halangan...banjir,keluar berjalan .macam macam.

    ReplyDelete
  7. Cik Som,
    Sangat sangat berharap agar keputusan adalah baik.Tu yang jantung dok dup dap tak henti henti.

    ReplyDelete
  8. Akak,
    Bolehlah perturunkan resepi dalam blog Akak Too.Saya amat minat makan mee kerana dibesarkan dengan mee.

    ReplyDelete