Friday, December 17, 2010

The hoarder



 Talipinggang tu dah berzaman disangkutkan di cermin tingkap.Di belek belek tak nampak pun mana cangkuknya.Kosong saja.Agaknya kalau nak pakai tu,kena ikat gayanya.Atau guna gelang getah.

Bedak talkum tu pun dah bertahun.Tak habis habis.

Hari ni mamason menguatkan azam membuat pelupusan inventori yang dah tidak boleh digunakan,tamat tempoh perkhidmatan dsbnya.

Mamason letaklah barang barang ini dalam bakul with the intention of discarding them away for they served their designated  purposes.

Den den den…….

Sekembalinya tuan ampunya barang….mamason dapati barang barang pelupusan itu tergantung dengan baiknya ditempat sediakala.

Besar ketawa mamason bila tengok spender pinggang longgar pun ada sama.

YOU are one hoarder dear!Dah buat ke jejak kasih kasut sebelah kat belakang tu.TV rosak tu ada orang nak beli ke?Tayar koyak rabak tu nak buat apa?Seluar ago ago tu tak balik in fashion la.

Sometimes these are the causes of my HBP.Agaknya beginilah keadaan rumah mamason bila mamason dah tak berdaya nak menyimpan rumah kelak.

Add caption

No comments:

Post a Comment