Monday, December 13, 2010

Harakiri di tempat kerja 1

Belek membelek buku catatan usang semasa kerja,I came across this jottings. Dibuat semasa mempengerusikan perjumpaan di sekolah.Seingat aku ,semasa idea idea yang ku garap dari bahan bacaan (NST/kursus)ku bentangkan…kelibat rupa anak buah beragam……

 





Add caption

Add caption

7 perkara yang kita buat tetapi tak sedar kita buat ditempat kerja:

1.Buat kerja minimum.

tidoqqq

Berkira dan fikir tak sepadan dengan gaji.Akibatnya kita menguasai kemahiran yang sedikit dan menyerlahkan ketidakupayaan kita.

Kerugiaanya ialah kita akan di tolak bila ada peluang kenaikan pangkat dalam korporat.Dan bila ada downsizing,sapa yang kena…kita juga.

Why because you are not an asset.Dalam alam persekolahan …akhir tahun bila dapat surat tukar tanpa anda meminta tukar …lu fikirlah sendiri.But makcik tak pernah naik ofis jumpa pegawai suruh tukar orang.Walau seteruk mana pun,I always see a challenge in turning people .From losers to winners.

So anak anak,adik adik jangan berkira riang ditempat kerja.Tak jatuh standard seorang exec kalau tahu fotostat sendiri.Tahu selok belok pejabat.Bukan selok belok kisah orang ya.

 

2.Menyakiti hati orang lain.

controlling..

Ini lagi satu kategori.Kerja best tapi yang tak best tu lidah.Cepat naik angin,celupar dan biadab.Asyik nak sembur saja – macam naga.

Kerugiaanya adalah setiap kali kita menyakiti orang lain ,imej kita sendiri yang tercemar.You can marah sekali sekala.Tapi jangan jadi amalan dan pakaian harian.Pilih perkataan yan hendak dituturkan.This applies to bosses or no bosses.

So anak anak dan adik adik….usahlah gemar menggunakan perkataan yang meretakkan hati orang lain.Belajar to be in control…..of your tongue…selamat dunia.

Rasanya setakat 2 dulu cukup kot untuk hari ini.Till next change…..kerja baik baik ya.

No comments:

Post a Comment