Friday, December 24, 2010

Bila berjalanan ….dulu dulu.

I would just like to remember what was it like when we were to embark on a journey years and years ago.Let say 40 years ago.At that time apalah keperluan yang perlu dibawa dan pesanan orang tua pada anak muda yang akan berkembara.Masa makcik masih kecil,kereta lembu masih kelihatan. ‘teksi’ or beca roda tiga ,lanca, was the common way of travelling short distances.Basikalnya pula berpalang dan ada seat kat belakang.

Kalau nak berjalan jauh tentulah bas,keretapi yang jadi pilihan.Masa makcik kecil,kami jarang berjalanan kerana faktor kekangan kewangan.Nak bercuti sekeluarga is something unheard of.Tak ingatlah sekali pun .Hanya setelah mula berkerja dan ditempatkan ke luar negeri jauh dipedalaman ulu Selangor makcik mula berjalan jauh.

Untuk ke tempat makcik bertugas,kami kena berjalan kaki ke pekan Kulim untuk menaiki bas ke Bukit Mertajam.Istilah bas ekspres adalah sesuatu yang tidak kedengaran.Bila bas sampai akan berebut rebut orang menaiki nya.Kalau lebih perkasa boleh naik ikut tingkap.Kalau tidak bermakna ketinggalanlah bas itu.

Sampai dipekan BM ke stesen keretapi makcik tujui.No way lah nak booking awal awal online offline …lupa pula boleh beli in advance or not.Menunggu keretapi di stesen BM adalah satu perjudian.Kalau tempat masih ada ,dapatlah duduk dengan selesa.Pernah kena berdiri all the way from BM ke Tg Malim.Duduk atas bagasi or atas lantai.Masa ke bilik air pun ada lucunya.Kerana masa peak hour mungkin akan ada orang yang buat tandas itu tempat duduk.

Kalau sekarang bab makan minum kita tak perlu risau,tetapi dahulu kalau nak berjalanan ,bekalan makanan perlu dibawa bersama.Kedai makan pun belum banyak macam sekarang.Seingat makcik,nasi minyak,ayam goreng beserta sambal adalah menu utama.

Sesuatu yang jadi ingatan,40 tahun dahulu,seorang anak gadis pemalu yang amat nak mampus,terpaksa berseorangan bersaing dengan penumpang lain dalam keretapi,dalam bas untuk pergi dan balik ketempat kerja.Ada yang membuat dia tersenyum tetapi ada yang menjadi ingatan pahit.Senyum bila dalam keretapi dapat berkenalan.Pahit bila dalam bas ada tangan gatal yang merayap .Dan kerongsang tajam jadi senjata pertahan diri.

Eh apa pula pesanan ibu bila anak akan memulakan perjalanan.Tentulah : jaga diri baik baik ya.By the way,this pesanan jadi pesanan makcik pada anak anak sekarang.Tetapi what does it mean by this?Sama sama lah kita fikir.

3 comments:

  1. Assalamu'alaikum Cikgu...

    Saya juga ada pengalaman bersesak-sesak menaiki keretapi dari Kuala Lumpur ke Ipoh. Dan pernah juga menjadi mangsa penyeluk saku waktu berasak-asak untuk menaiki bas di Klang Bus Stand!

    ReplyDelete
  2. baca post ni membawa seribu kenangan. terfikir juga what 'jaga diri baik2' means pada generasi kini.

    keep well cikgu

    ReplyDelete
  3. Kakcik,
    Mualaikumsalam
    Pengalaman mematangkan kita.Boleh digunakan untuk jadi panduan anak anak kan.


    Noir,
    rasanya tak sama dengan maknanya zaman makcik.Pancaroba tak begitu banyak zaman dulu.

    ReplyDelete