Monday, November 22, 2010

Juadah raya mamason….rendang asal jadi

 

Supaya tak teraba raba mencari balik resepi Rendang daging cicah ketupat this eid,I think it would be better that I jot down the details.

I’m not referring to any manuals or procedures but my own agak agak saja.

 

Segenggam cili kering…gunting serong,rendam,toskan.

2 labu bawang besar …potong potong

4 bawang putih….ulas bukan labu.

setengah ibu jari ….halia,kunyit hidup,lengkuas…guna jari orang tua tau.

3 cili hidup

1 camca lada hitam

4 biji buah keras.

minyak kelapa 3 camca.

 

Grind semua bahan diatas dengan blender hingga halus.

Pijar minyak.Tumis bahan diatas hingga wangi.

 

Daging 3/4 kilo..potong kecil sbb nak dimakan dgn ketupat. Basuh dan sejat.

Masukkan kedalam rempah.Goreng lagi hingga sebati.Masukkan 2 cawan santan pekat sedikit sedikit.Kacau lagi.Masuk kerisik 1/2 cawan.Garam,gula,asam keping 2 keping.

Masak lagi hingga empuk daging.Racik 2 helai daun limau.Masak hingga pecah minyak.

 

Sorry dear ,tak sempat nak snap gambar sbb dah habis rendang dimakan hingga licin pinggan.Ewah.

The amount of ingredients are agak agak saja.Boleh tambah lagi bahan yang anda mahu.Cooking is an art.So be creative.Feel free to explore and experiment.

There’s no way to say : Orang bukan buat macam tuuuuuuuu.But when cutting the meat ,kena buat macam orang.Ikut uratnya. Kalau tidak,tertanggal gigi.

Resepi ni utk kakolin yang dok tanya mama punya rendang punya resepi.Selamat mencuba….

mamason

No comments:

Post a Comment