Monday, November 1, 2010

Hujan yang turun ….

 

Sudah 3 hari  hujan turun tak berhenti henti.Dari pagi sampai petang sampai malam.Kalau dulu sudah tentu air sudah masuk dalam rumah.

Sebelum tu hujan sikit saja pun akan bergenanglah air dalam tv room kerana ia dibina rendah…asal garage.

Masa mula tinggal di Perlis,Jln Sekolah Derma adalah tempat yang sangat senang ditenggelami air.Hujan saja akan meranduklah  air + +++ penduduk si situ.

Cuaca di Perlis untuk orang yang baru tinggal akan  dirasa berlainan walau pun dari negeri yang bersempadan seperti Kedah.Panasnya dan sejuknya berlainan.Even lanskap pun ada kelaianan.

Kalau hujan dah tak berhenti henti tentulah akibatnya banjir or kata orang sini ,bah .Dalam ingatan saya yang bermastautin selama lebih 30 tahun disini,banjir  terbesar pada tahun 2005 (?).Pagi tu bila bangun pagi,saya ke bilik tv dalam keadaan mamun ( masih mengantuk)

Ehh , air  dah masuk rumah……kalau bilik tv dah masuk air,dapur kronik lagilah.Rumah di deret belakang semua dah terkena.Dah masuk dalam rumah keseluruhannya.

Bila hari siang,taulah kami yang seluruh Perlis dah ditenggelami banjir.Tempat yang tidak pernah banjir seumur hidup pun dah tenggelam ,inikan pula flood prone area.Dengarnya Empangan Timah Tasoh dibuka untuk mengelak keburukan lebih teruk.Dan disebelah Arau pula air dari Siam.Akhirnya seluruh Perlis digenangi air yang setengah tempat seperti kampung Bakau terpaksa ber pindah.

Dirumah dah jadi tongkang pecah.Semua barang dah diangkat ke tempat tinggi.Makcik dah berjaga jaga untuk ke pusat penempatan banjir andai keadaan lebih buruk.

Dan yang membuat makcik terjelepuk duduk adalah sekolah tempat makcik menjadi Gb juga teruk kena akibatnya. Dalam tempoh 30 tahun,inilah banjir paling besar . Makcik bergegas kesana bila dengar berita .Terduduk makcik.Makmal Komputer,Perpustakaaan,pejabat,bilik darjah semua digenangi air.Nak kesana sini pun kena bersampan dan tingkat atas dijadikan tempat penempatan mangsa banjir.

image 

http://bencanaalam.jkr.gov.my

Bila banjir surut,kerosakan sekolah membuat makcik menangis tak berlagu.Sudahlah rumah dah tak macam rumah,sekolah lagi teruk.Sekolah yang telah diperelokkan untuk lawatan diraja tempoh hari was in ruin.Rasanya makcik tak menangis tapi meraung!

Bayangkan,makmal komputer kebanggaan kami yang jadi contoh sekolah lain ,dah beralih rupa.Perpustakaan juga.Fail fail sekolah ada yang tak sempat diselamat. Actually all my hard work together with the teachers were gone with the wind.

Dan bila makcik dipelawa untuk menjadi GB di sekolah lain,makcik terima saja.

Bukan lari tapi kecewa lihat kemusnahan yang terjadi.

Makcik ada di berikan CD tentang banjir tu,tapi cari punya cari,tak juga berjumpa.Hmm,kalau dapat nanti,I would like to share the pictures here.

So for the time being,gambar google sajalah ya.

image http://t2.gstatic.com/images

 

Harap harap tu tak adalah banjir untuk masa ini dan seterusnya.

4 comments:

  1. looking at the bright side... kalau banjir, mak menti pun hanyut, tak payah mamason dok bergaduh dengan depa lagi :)

    ReplyDelete
  2. Makmenti dah ada awal awal lagi bawa tikar bantal naik siling.Bijak , bijak.

    ReplyDelete
  3. Dell: It's and wet out there. I wonder if Mamason will allow us to sleep on her bed tonight. purrr...meow!

    ReplyDelete
  4. Jade: Dah 3 hari mama kasichan tidoq kat dalam rumah.Tapi hari ni mama kasi keluar .Tu la pakmok tak boleh control .Asyik syret sana sini.Ni semua kita kena halau keluar.
    Dell : Not me.I use the toilet.Sumpah!

    ReplyDelete