Monday, November 8, 2010

Corat coret Kangar selepas Banjir

Banjir dah berlalu.Tapi kesan dia nampak dimana mana. Sana sisi plastik hitam sampah,perabot rosak diletakkan ditepi jalan untuk dilupuskan.

Dalam kekalutan banjir dan kesibukan membersih sampah sarap,lumpur berdanok,makcik tak lupa mengikuti Radio Perlis yang terpaksa bersiaran sementara di Padang Pauh.Antara VIP yang diwawancara adalah bekas MB Perlis,MB Perlis sekarang ,Pengarah Pelajaran dan pegawai Kaji Cuaca.

MB sekarang tak lekang memuji usaha usaha murni yang di curahkan oleh sukarelawan ,menasihat semua untuk bersabar.Namun bila MB dulu diwawancara selain mewarwarkan kerja kerja menyelamat , tak lepas menyebut tentang surat layang yang mengatanya menyibuk .Aduhai Perlis….biarlah sesiapa pun yang menghulur bantuan.Buatlah seikhlas hati,usah ada agenda tersembunyi dan bersurat layang sana sini.

Ah  itu cerita orang politik.Kasihan sunggoh pada jiran yang mengalami strok semasa mengemas rumah.Terpaksa ke AS untuk treatment .Dan disana pun banjir agak teruk.Banyak jalan ditutup.

Hujan lebat sedang turun waktu ini. Bimbang juga akan jadi banjir gelombang kedua. Banjir kali ini pun dah ada pelarian berkampung diatas jalanraya.

Niat hati nak round Perlis lihat the magnitude of the havoc tak dapat di lakukan.Demam pula menyerang.Tentu doktor tak menang tangan nak rawat pesakit. Hari itu masa terkandas di depan hospital,nampak kawasan itu dinaiki air agak dalam.Pesakit terpaksa di bawa ke Sungai Petani untuk rawatan .Yang geli hati,traktor makcik naiki jadi taxi.Ada saja yang ingin menumpang .

Dalam air banjir hari itu,makcik lihat ramai ibu bapa membiarkan anak kecil berkubang dalam air sambil ada yang menyelam.Teringat tentang demam kencing tikus amat membimbangkan.Lagi pun septik tank tentu tenggelam dan mengalirkan bahan bahan kumbahan.Juga untuk orang berpenyakit kencing manis,tentu bahaya kalau kaki berendam dalam air itu.Dan memang pun air banjir itu mengakibatkan kaki terasa amat gatal.

Tentu ada yang kata ,blog ini dah berhari hari bercerita tentang banjir.Tapi itulah cara makcik mendokumenkan keluh kesah kejadian banjir 2010.Dari kacamata mamason dan juga mokjadeandell.Semoga bila terkena kali kedua ,tahulah apa pelan tindakan yang perlu.Kena buat SWOT rasanya.SWOT ? Apa ke bende tu mamason?Eh,betulkah SWOT…strength,weakness,opportunity and ….. dah lupa dah makcik…

Kemungkinan untuk banjir kali kedua …..beringatlah dan dengar radio tempatan selalu.Semoga semua selamat menjalani ujian ini.

5 comments:

  1. Mamason,
    T = threats. Kalau SWOT tak jalan, kasi SWAT sekali with a penamPAW! That;s what these three boys are doing to each other. Oh, it's been raining non-stop for a whole week here. There was even a hailstorm today. Mujurlah rumah kami top floor, atas bukit. purrrr....meow!

    ReplyDelete
  2. CIkgu...
    memang betul apa yang cikgu kata tu ada ibu bapa yang benarkan anak-anak mereka main-main air.. bahaya pada nyawa jika terjadi apa-apa yg buruk... dan melihat berita TV3 semalam mangsa mengemas rumah, memang kelihatan sedih sangat bila banyak barang2 kelengkapan rumah menjadi rosak akibat banjir...
    Masing2 diuji dengan perkara/kesusahan yang berbeza kan...

    ReplyDelete
  3. Dell :I hope you down there in Down Under wont be having the same problem like us. What puzzles me was why papamok suddenly becomes aggressive after the flood.

    ReplyDelete
  4. Pn Rahmah
    Inilah ujian kepada semua yang terkena banjir. Kesian lagi pada yang hilang semua harta benda lebih lebih lagi nyawa. Tapi nampak banyak ibubapa biar anak mandi manda dalam banjir. Ada tanpa pengawasan,Makcik pula jadi warden.

    ReplyDelete
  5. armouris
    t.kasih atas info .Will check on it soon.

    ReplyDelete