Thursday, September 23, 2010

What I did last raya –the lauk pauk 2010

 

Untuk pengetahuan anda,makcik menyiapkan kerja kerja penggantungan dan pembentangan sehari sebelum raya.Pembasmian dan pembersihan pun samalah seiring.

Apa ni…

Penggantunggan tu adalah berkaitan  menurun,membasuh,menyerika ,mengalter,menaikkan semula curtain .

Pembentangan tu adalah kerja kerja menukar layout  cushion,sofa dan carpet.

Yang P&P lain tu membasuh,mengelap,menyental lantai dan bilik air termasuk pinggan mangkuk kuali belanga yang nak digunakan.

Terukkan jadi makcik.

Nak buat macam mana.Semua able bodied anak anak berada diperantauan.

Pakli dan paen pula berkerjasama mengecat ,memesin dan mengtrim apa yang patut.

Elokkan! Kerjasama.

Eh.cerita dah separuh muka surat,mana cerita lauk pauk ni.

Tentang lauk pauk tu,makcik siapakan bila dah dimahsyurkan Besok Kita Raya. Ingat tu nak siapkan 2 dishes saja.Tapi ada pula permintaan x-tra.

So jadinya malam tu berkungfu dan bersilatlah kami berdua (makcik dan kakaolin) menyiapkan:

 

Rendang daging

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Ayam masak merah

image http://t1.gstatic.com

Serunding ayam berplanta

 image http://muslimahstopcentre.blogs

 

Rendang daging tu dah makcik postkan caracaranya .Begitu juga ayam masak merah.Refer baliklah lah ye.

Jadi serunding ayam akan makcik postkan next posting.Resepi dari planta margarine yang dah berapa dekad makcik gunakan.Sedap kata siapa yang memakannya.Itulah kakaolin sanggup carikkan daging ayam tu kerana nak sangat makan serunding ini.

Raya ketiga pula makcik bergusti dengan masakan mee kuah hasil turun temurun yang diadaptasi dari paklong JPL. Rasanya resepi ini pun dah disiarkan.

Ahamdullilah semua masakan itu tak berbelen .Licin!

Berbunga bunga hati ini bila ada yang dok tanya:

Rendang daging ada lagi  tak?

Ayam masak merah tu habis dah ?

Serunding ,pi mana?

Makcik tak jawab.Hanya senyum saja.Tanda suka! Hehe.Berjaya!

1 comment:

  1. Mamason,
    Kita pun nak makan serunding ayam tu. Naklah sikit.... purrr....meow!

    ReplyDelete