Friday, September 24, 2010

jering Vs petai

Dua dua busuk.Yang satu tak tertahan ,satu lagi boleh tahan.Buat sambal tumis campur udang lagi terangkat.

Makcik dengan megahnya mengisytiharkan: Saya tak makan jering.

Satu hari saya berkunjung menjamu selera dirumah saudara.Antara lauk pauk yang dihidangkan ,makcik berkenan kepada satu pinggan.


Ehhh sedaplah lauk ni.Menyelerakan.Daging apa ni?

Tu jeringlah mak ngah

imagegoogle

 

Selama ni makcik ingat makcik akan mabuk or termuntah bila makan makanan yang busuk hancing ni…makcik termalu besar.

Bab cerita makan aside, makcik,nak touch on perumpamaan yang berkaitan si jering ni.

Kenapa bila orang tu kedekut dikatakan tangkai jering Kenapa tak tangkai timba ke,tangkai rambatuan ke.Atau tangkai petai.

 

 imagegoogle

 

Tangkai jering ni liat agaknya.Jenuh kait,Sampai tersilap urat leher baru dapat diturukan sedangkan tangkai rambutan sekali kait dah turun ke bumi.

Tangkai jering pula disamakan dengan orang yang kedekut.

Dan jangan ingat kedekut duit sahaja.Itu biasa

Kedekut ilmu

Kedekut puji

Kedekut senyum

Kedekut layan

Anda kedekut yang mana ?

Kalau lah duit tak dapat dishare kerana diri sendiri pun parah,kenapa kedekut ilmu.Kan berkat kalau ilmu dishare,

Kalau tak berduit dan berilmu,kenapa kedekut puji.Kan buat orang yang memberi besar hati.

Kalau tak berduit,berilmu dan juga tak ada apa yang nak dipuji,kenapa kedekut senyum dan layan?

 

Tak rugi apa apa kan kalau muka dihiasi senyum dan layan orang dengan baik?

Nak buat macam mana ,tengah banyak problem.Itu yang tak dapat senyum.

kalau macam tu,

Tak dapat makcik  tolong!

6 comments:

  1. loorr, jering tu rasa macam daging ke? the other 1 thing i cannot eat is rebung (yang letak ubat tu), aiyooo...

    ReplyDelete
  2. yerrrKGG
    Tu sekali pertama dan terakhir termakan jering.Sedap! Macam daging ayam or burung.Tapi tukang masak tu memang superb.Tak bau pun jering tapi bila ke bilik air baru tau .....hehe

    ReplyDelete
  3. terimakaseh atas doa cikgu buat anak saya yg akan duduki peperiksaan akhir sekolah rendah :)

    saya tak pernah berani nak cuba petai dan jering.

    saya setuju pasal kedekut tu. kenapa nak kedekut ilmu, puji, layan, senyum sedangkan tak rugiapa pun malahan berganda2 kebaikan.
    bila kita puji dan senyum kita pun terasa happy jugak. tapi jgn yg puji tak ikhlas atau nak ampu..mana nak datang tenang dihati.. :)

    ReplyDelete
  4. Nur,
    semoga nak mendapat taufik dan haidayah semasa menjalani ujian.
    Semoga kita dijauhi menjadi orang yang kedekut.Hidup pun selalu jadi semput.

    ReplyDelete
  5. Mamason,
    Do you know the origin of the term: kedekut tahi hidung masin? Selalu dengar tapi tak faham! purrr....meow!

    ReplyDelete
  6. Dell : Mamason kata,dia pun tak tahu kenapa kedekut mesti macam tahi hidung .Awat depa tak kata kedekut macam benda lain ye.

    ReplyDelete