Friday, September 17, 2010

Erti 16 September

Malaysia kita sudah berjaya

Amannn makbukbak agia

Malaysia abadi selamanya

Berjaya dan berjaya……

 

Nyanyian ini masih ternging ngiang di telinga makcik.Di lagukan oleh seorang anak kecil ketika duduk di atas tangga sambil mata tajam memerhati kereta sorong yang penuh bahan mee untuk dijaja.

 

Setiap kali ada ayam dan itek yang menghampiri kereta sorong itu,dia bingkas bangun.

Shooosh,shoosh. Mak ayam kacau…..nyaring suaranya.

 

Hari ini anak kecil itu bergelar doktor.Profesor disebuah uni tersohor.Anak nya pun dah menjejaki uni.

 

Berkat dari lahir dibumi bertuah ini selepas merdeka dan berkat ketabahan ibu dan abah serta bantuan kakak dan abang …adik kecil ini berjaya.

Dan makcik tumpang syukur kerana prof  ini adalah adik bongsu yang menyanyikan lagu Malaysia Berjaya dalam pelat  Cina.

Kenapa eh..

Gurunya di Convent Kulim adalah berbangsa Cina.

Dan kenapa adik bongsu ini dihantar ke sekolah convent sedangkan kami semua mulanya bersekolah kebangsaan.

Itulah visi misi abah yang mahu anaknya ber sekolah di sekolah berbilang bangsa supaya anak ini kenal apa erti hidup di bumi Malaysia.Sampai ada yang menyindir:

Paklong ni susah payah hantar anak ke sekolah convent.Nak anak jadi Janet kot. Sindir seseorang.

 

Malaysia Berjaya
(Saiful Bahri)


Malaysia kita sudah berjaya
Aman makmur bahagia
Malaysia abadi selamanya
Berjaya dan berjaya
Berbagai kaum sudah berikrar
Menuju cita-cita
Satu bangsa satu negara
Malaysia berjaya
Dari Perlis sampailah ke Sabah
Kita sudah merdeka
Negara makmur rakyat mewah
Kita sudah berjaya
Dengan semboyan kita berjaya
Menuju di angkasa
Satu bangsa satu negara
Malaysia berjaya

 

Tapi melihat senario pada hari ini,I feel the right to feel remorseful.

Berjayakah Malaysia?

Bersatukah kita?

Makmurkah semua rakyat jelata?

 

To my adik bongsu.jangan marah ye ,kak no.2 titipkan kisah ini sempena perayaan Hari Malaysia.Sayang kamu.Love you.

7 comments:

  1. SALAM,
    ITULAH WAWASAN MAK AYAH. BUKAN SAHAJA NAK MELIHAT ANAK ITU BERJAYA DALAM PELJARAN TETAPI JUGA MAHU MEMPASTIKAN PERPADUAN RAKYAT NEGARA INI TERPELIHARA DAN KUKUH.

    ReplyDelete
  2. SALAM,
    ABAH BUKAN SAHAJA MELIHAT DARI SEGI KEPENTINGAN PELAJARAN TETAPI JUGA DARI SUDUT PERPADUAN RAKYAT !BEGITULAH HEBATNYA ABAH !

    ReplyDelete
  3. i felt uneasy tengok tv smlm. instead of celebrating the coming of a nation, banyak program tunjuk (dan orang besar bercakap) how sabah-sarawak should be grateful dia 'sertai' 'kita'... correct me if i'm wrong, tapi macam salah konsep je tu!

    ReplyDelete
  4. Makin lama semangat 1 Malaysia makin hilang....
    termasuk dengan apa yang para pemimpin kita tunjukkan.

    ReplyDelete
  5. En LF
    Saya setuju dgn itu.Aruah abah,walau tidak berpendidikan tinggi tapi wawasan dia jauh kedepan.
    Itulah harta paling berharga yang anak anak warisi.

    ReplyDelete
  6. KGG
    Saya setuju dgn anda. Sometimes we wonder whether the people speaking really speaks from their heart or just reading some prepared by others speeches.
    When dr.M spoke ,I did stop other work to listen to him.Either I agreed with him was another matter.

    ReplyDelete
  7. Zezebel,
    Kadang kadang rasa maqcam apa yang telah kita capai sekarang ni,macam ilusi sahaja.

    ReplyDelete