Thursday, September 30, 2010

Bila makcik pakai celana

 

Celana tu apa ye? Sampai hari ni makcik ragu ragu.Eleh senang saja.Google kan ada.

Oh….celana tu seluar ye.Macam kat bawah ni.Ingat ke kemeja.

 

imageimage

Celana ada pendek dan ada yang panjang.Ada sopan dan ada yang boleh buat juling mata orang yang memandangnya.

Kerana ke sedapan memakainya,makcik prefer to be in slacks kalau bershoppingan. Lagi pun tak banyak bran kan bila pakai seluar.Paling banyak 4 pieces.Tambah lagi satu …tudung.

Tapi dah pernah kena sound…..tak eloklah orang umur makcik pakai seluar.Pulak. Yang dok pakai skirt tak apa pulak.

Tapikan selalu working ladies rasanya memang sukakan yang tangkas dan rengkas.Selagi menutup aurat .

Talking about ber seluar,rasanya setiap rumah kena ada cermin setinggi berdiri dan boleh mencerminkan fizikal kita sang pemakainya.Mau terjulur keluar biji mata siapa memandang andai makcik keluar rumah begini:

image      atau        image

haha   

Itu perihal orang yang dah pertengahan umur.Pandangan makcik pada anak remaja dan anak lepas remaja bercelana bagaimana?

Senang saja.

Berjalan,berduduk,bertinggung, bertungginglah depan cermin sebelum anda keluar rumah. Pandang belakang!  Kalau tak nampak apa yang anda tak suka nampak pada orang lain,eloklah tu. Kalau tidak,pergilah tukar yang lain.

Begini jadinya kalau orang lain terpandang anda punya belakang yang tentu anda tak akan terpandang sendiri.

 

image  atauimage

 

Bye. Lu fikirlah sendiri …. kata Nabil.

Coretan selepas satu episod ternampak apa yang tak patut dinampak .Masa dan ketika biarlah rahsia.Begitu juga tempatnya.

Biaq pi la kat depa.

6 comments:

  1. Mamason
    You kata "4 pieces tambah tudung jadi 5". Pernah terfikir nak pakai jubah tak? Less 1 there, hehe.

    I tak boleh pakai jubah. Pemandangan amat teruk serupa orang preg 11 bulan. Ish..

    ReplyDelete
  2. Cik Som.
    ye la .jubah ada 1 less to put on.Tapi saya pun tak berapa suka pakai.mungkin kependekan kot.Rasa macam kelambu berjalan.

    ReplyDelete
  3. Salam...

    saya juga lebih senang mengenakan celana untuk keluar rumah (selain dari ke pejabat atau ke kenduri kendara - itupun kadang2 pakai jubah dan seluar). Di rumah juga saya tak pandai berkain batik! Sementelah semua anak adalah lelaki, jadi saya rasa saya juga perlu 'bergerak' sepantas mereka. :)

    (Pernah juga terlihat sesuatu yang tak sepatutnya dilihat....)

    ReplyDelete
  4. kita serupalah macam tu.tak pandai pakai kain batik.
    hehe apa yg kakcik terlihat tu....

    ReplyDelete
  5. cikgu...
    saya pulak selesa berseluar kemana-mana... sekali-sekali bila ada acara resmi ataupun beraya, saya pakai baju kurung...
    mujurlah saya pernah kurus hingga 49kg.. jadinya badan saya yang gempal dahulunya dah lansing sedikit.. bila berseluar tidaklah sampai balutan nangka.... Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  6. 49 kg just nice. Makcik yang 70kg ni adoi bila bercelana cukup jaga takut nampak macam nangka masak ranum.Rasa sangat concious dlm public.

    ReplyDelete