Saturday, August 7, 2010

What’s up in kangar-updates 5

Anak anak yang di rantau sana,tak kira diM’sia sebelah pantai barat atau timur,diseberang laut atau seberang bilik tentu nak tahu updates mama dan negeri kesayangan kita.

Sebenarnya mama tak tau apa apa hanya dengar cerita dari pemberita ondscene taman kita.

Taman kita masuk berita,gara gara pegawai MPK kena marah oleh pak menteri. 4orang Pegawai MPK Kangar kena halau keluar bilik bila jawapan diberi tak mampu beri jawapan.CUEPACs pun naik angin dengan Murugaiah kerana bersikap angkuh walau tinggi dia punya jawatan.This menteri,muka nampak handsome,tapi ,kalau macam itu lah selesai masaalah ,kena belajar balik.

Isu yang timbul bukan baru,sejak 4 tahun lalu. Jalan dikorek dah jadi lompong,parit dibuat macam bekas lombong. Talking about all these s…ts,sejak mama dalam jawatan pun tak larat tengok macam macam kerenah orang nak dapat duit.Ketaq tangan bila kena sign berbagai borang akuan.Bila kita cakap banyak,kita jadi sumpahan. Tapi sekarang lega mama,tak payah lagi menghadapi segala kerenah.Kontraktor mata duitan,tapi kerja lepas tangan.

Hari tu masa mama kena isi borang MBMBI,mama ke Sena.Itulah dah lama mama masuk sekolah akhir mama.Eh bezanya.Suasana sunggoh disiplin.Tak nampak murid dok wang win.Itu petanda sekolah itu memang berkerampilan.Lagi lagi dah diangkat menjadi sekolah kluster .Nampak tu berkesan jugalah harapan mama pada successor.

Satu lagi,hampir dua tahun mama tak jumpa doktor.Sejak pencen hingga kini inilah pertama kali mama jumpa Dr.Wan.Sebab bila demam mama hanya perlu panadol.Berjam mama kena tunggu untuk dapat surat pengesahan.

Masa hantar borang ke JPN,sapa pun belum hantar borang except mama.Katanya tawaran dibuka kpd 4 orang.Entahlah siapa yang bertuah badan.Mama tak kisah,dapat dapatlah,tak dapat mama relax saja dirumah.

Kepada semua anak anak yang ada dipantai timur,pantai barat,seberang lautan dan seberang bilik,selamat menyambut puasa yang akan menjelma.Semoga tahun ini kita dirahmati seperti tahun tahun sebelumnya untuk menyempurnakan perintah agama.

Love you all,

the 4 leys of no.7

dari

mama.

No comments:

Post a Comment