Sunday, August 29, 2010

Those innocent moments 1

 

Dengan adanya 2 lagi tambahan ahli keluarga,bertambah meriahlah waktu berbuka puasa malam tadi.

Tokton pun nampak berselera makan.

Jadi kalau biasa 3 orang,dah jadi enam.Yang seronok,makcik campak campak aja masak tu,habis juga dimakan.

La mama ,ada lagi cucuq kelmarin?

Mama ada lagi ke batter dlm fridge?

Awat buat mee sikit sangat.Tak boleh ulang tayanglah macam ni.

 

Kadang kadang fikir balik,mak tu taklah masak hebat sebagai chef yang pro,tapi itulah yang sedap pada anak anak.

Sekali tu,makcik masak bihun goreng,dah nak hantar kat neighbour.Boleh pula simanja berteriak:

Besok pagi che nak makan apa?

 

Itulah ragam anak anak makcik.

Setiap orang ada kegemaran dan kebencian.Yang sorang tu,jgnkan makan,hidu pun tak boleh buah durian.Kalau kami beli durian,nasinya kena dihidang di ruang tamu.Jadi kalau anak itu ada dirumah,bermakna berpuasalah durian kami hari itu,

Yang seorang pula tak suka ikan.Jadi untuknya kenalah masak ayam,udang,sotong.Kalau tidak,kesian.Tak makan kawan tu.

Yang pakcik pula,semua di sukainya.Termasuk kayu ,batu,dan besi.Lebih lagi yang manis.

Tak percaya?

Ubi kayu,jambu batu dan belimbing besi.

Makcik  bagaimana?

Memilih juga .Tapi yang paling tak best adalah pisang .Terutama pisang masak ranum dan dimakan depan makcik.Geli rasanya.

Tapi cucuq kodok boleh pula makcik makan!

Satu pertanyaan: kalau anak beragam kegemaran,bagaimana ibu ibu melayan selera mereka?

Hentam sajalah atau masak setiap seorang satu dish.Kedebooom!

 

image

Anak anak masa tengah membesar.Nakal kan! Innocent gitu.

9 comments:

  1. Hmmm nampaknya apa yang MAKCIK citer ni 250% sama dgn keadaan saya..

    Anak saya 6 orang MAKCIK oiiii... paling kecik 8 tahun, semuanya macam2 ragam. Wpun nampak mcm kurang memilih, tapi tetap ada yang tak makan durian juga.

    Saya juga tak suka pisang, sama gak kalu yg lembik ranum tu saya loya. Tapi cekodok saya makan. hehehehehe..

    My TOKLAKI sapu semua kecuali ikan sungai, tp anak2 paling ikan Patin dan Keli.

    Sudahnya, saya masak ikut perut orang sampai lupa perut sendiri. Tapi tak kurus pun. hahahahaha!

    ReplyDelete
  2. Azie,nampaknya kita banyak persamaan ya.Cuma jumlah anak yang berbeza.Makcik pun boleh tahan kedebab walau tak makan banyak.Mungkin bau masa masak tu lebih menggemokkan.

    ReplyDelete
  3. Salam kenal makcik dan selamat berpuasa.
    Saya anak belum ada lagi sebab belum kawin. Hehehehe.... Nanti makcik kongsi la resepi best-best yer...

    ReplyDelete
  4. Mama~ cepatla pos~ takut nanti tak sampai~ Hahaha tak abis2 kan dok mengingat aten ni. Ohhh~ dapat mana mama gambaq tu? Rindu pulak.

    ReplyDelete
  5. Salam perkenalan ,zezebel...sedap nama.
    Makcik tidaklah pandai masak tapi kalau nak makan tu dtglah perlis.My signature dish...mee kuah setiap hari raya.

    ReplyDelete
  6. Aten,mama dah siap bungkus dari hari Khamis lagi.Tapi apakan daya...public holiday 3 hari.

    ReplyDelete
  7. Mamason,
    Kita kan, suka sangat makan mi gulung Perlis. Boleh pos? purrr....meow!

    ReplyDelete
  8. Ya ka? hehe.Okay lah gitu,tapi nanti mama pos laju na?na? Thank u,Mama!!!

    ReplyDelete
  9. Catinsydney,
    Mi gulung perlis? mamason pun tak pernah dengar dan makan.Kat mana ya?

    ReplyDelete