Wednesday, August 11, 2010

Remembering-the raya preparations

 

What else do I remember about the fasting months of yesteryear ?

 

After days of fasting,getting up in the wee hour of the morning  before imsak…the time was 1/2 an hour earlier than now because of the pelarasan masa Sabah Sarawak .Or is it an hour?

When the end was nearing,there would be a flurry of activities at no.184. It was at this time,the house would be having a spring cleaning. Nak vacuum….tak jumpa kot.Lagi pun mana ada kapet.Tikar mengkuang adalah.Itu pun Tok ton gulung elok elok dan sandar ke dinding.

Masa itu,tokton basuh lantai papan rumah dia.Jenuhlah angkut air dari telaga bertempayan dan terbongkok bongkok berus lantai dengan berus tembaga.Sampai lantai merah menyala. Sawang memang tak ada kerana tok ton amat peka pada sawang.Tak sempat mereka nak berkerewang.

Masa ini juga tokton dapat upah jahit baju kurung,maka tergodek godek lah tangan dia sepanjang malam.Mesin jahit mak Singer sama umur saya dan guna tangan.Baju anak anak pun tokton jahitkan.Ada kembang payung,baju kurung.Teluk belanga,apa saja.

Langsir pun mak yang buat.Sebenarnya tokton ni bergeliga.Dan dia tak tahu dok saja atau mengumpat mengata.Ada saja dia buat untuk tambah belanja.

Baju favourite makcik yang mak jahit,adalah  gaun kembang payung warna purple.Aduh,habis lah makcik melaram kerana rasa diri jadi pretty.Sekali kawan perli:

Hai baju pun jahit sendiri.

Tokton bukan saja jahit baju,rambut anak pun dia guntingkan.Nak minta straightening  ke,keringtingkan ke,baik tak payah.Lagi pun dulu mana ada saloon nak buat ini semua.tapi bila tengok kawan dengan hair style yang beragam,mulalah rasa sedih.

Mak beli baju ,kasut raya selalu in advance.Maka termimpi mimpilah kami dok jengok dan menerai kasut raya yang brand kalau tak silap hanyalah Bata.Itu pun dah rasa macam orang kaya!

Satu tahun kasut makcik merah menyala.

2 comments:

  1. saya ingat baru2 waktu diadjust 1/2 jam kedepan, maghrib pun masih terang. raya tak ditetapkan macam sekarang. bila diisytiharkan anak bulan kelihatan, semua bersengkang mata kacau dodol, pasang langsir, pepagi buta sembelih ayam. seronok sangat2 pengalaman tu.

    ReplyDelete
  2. Ayam pula kena kejar dalam reban,langsir kena last minute pasang sebab nak beri surprise element kat jiran jiran.Bila buka tingkap pagi raya,baru nampak langsir baru merah menyala !

    ReplyDelete