Thursday, August 12, 2010

Remembering-lauk raya.

 

Zaman dulu  dulu,memasak adalah kerja berat.Seberat kerja angkat batu.Tak percaya? Tanyalah nenek anda.

Semuanya guna kudrat empat kerat.Tangan dan kaki.Teringat makcik,masa tokton buat putu kacang,kacang digoreng dan kemudian ditumbuk guna lesung kaki.

Coming back to the lauk pauk raya.Masih jelas itulah satu satu masa yang kami makan ayam semestinya. Ayam tokton pelihara dan target untuk lauk ketupat raya.Maka sehari sebelum raya,jenuhlah kami ligan ayam yang terlepas dari reban.Lepas ditangkap kena cari orang yang pandai sembelih.Barulah peranan anak anak untuk mencabut bulu ayam yang dah dicelur .

Petang raya mak sibuk buat ketupat,sedap sunggoh ketupat mak,lemak dan padat.Dicicah gulai ayam dan kurma.

Menggiling rempah dengan batu penggiling bukan kerja senang.Mau turun beberapa kilo berat badan.Tokton dah lah sedia kurus.Makcik rasa makcik suka membantu di dapur kerana kerja mengemas kakak sulong yang suka urus.

Dan untuk jualan hari raya juga,mesti disedia.Selepas sebulan berpuasa,masa inilah paklong mula balik berniaga.Maka bertambahlah kerja tokton untuk semuanya.I cant imagine how she managed.Kalau saya dah serender awal awal.Tapi tokton seorang yang tawakkal.Lebih lebih lagi paklong bermulut laser dan anak anak nakal nakal.Agaknyalah,kalau orang lain dah lari naik kapal.

Lagi satu rasa kerugian,bila kemahiran mak tak diperturunkan.Makcik tak tahu nak masak sesedap mak.Makcik merantau seawal usia 19 tahun.Dan dulu tak berapa rajin kedapur.Sekarang kan rugi?

Betul kata orang: Masakan ibu walau tawar itulah penawar?Betulkan anak anak.

3 comments:

  1. cikgu..
    sekali lagi saya bersetuju dengan cikgu...
    entah dimana kurang dan lebihnya... masakan dulu2 memang lebih enak daripada sekarang...
    menjadi satu kerugian pula bila kita yang berpeluang menikmati masakan dulu2 tidak dapat masak mengikut resepi orang dulu2...

    ReplyDelete
  2. Puan,
    Rugi sunggoh rasa tak mau berguru dengan orang dulu dulu.Skrg ni pergilah kemana saja,tapi masakan ibu juga yang dirindu.Selamat berpuasa

    Lady,
    betollllll yang mana?Tentang tawar ke atau penawar.he he.Selamat berpuasa

    ReplyDelete