Friday, August 13, 2010

Remembering –geng raya

 

Bila hari nak raya dah dekat,sibuklah suasana kampung.Setiap rumah dengan aktiviti sendiri.Ada yang kacau dodol,masak wajik,masak ketupat.Anak anak pula berkumpul,main mercun,meriam kabad .Maka kedepong kedepanglah kedengaran riuh sekampung.

Member baik makcik keluarga kak Bibi bang Mat.Mereka sebaya dengan saya walau tak satu sekolah.Kemana bermain sama sama.Pi cari buah luruh atas bukit waktu subuh pun kami bersama.Sekarang semua dah tinggalkan JPL bawa diri masing masing.Ada ke KL dan juga ada yang keutara,timur dan selatan.Membawa haluan cari rezeki di bumi Tuhan.

Bukan semua kawan sekampung kita boleh buat gang.Ada serumah,depa ni kalau bergaduh macam samseng kampung dusun.Habis mak,ayah turun padang ,pergi serang.Siapa berani marilah lawan.Keluarga ini menjual nasi lemak dan bingkang tepung beras.Kalau tak habis,budak budak kampunglah kasi kebas.Tapi kerana mereka suka berkelahi,kami takut nak lalu rumah mereka.Sebut nama kelab…..,kecut perut bukan main.

Keluarga Toksu amat berjasa.Kepada kami sekeluarga.Walau bukan saudara,kepada merekalah tempat kami mengadu,kalau ada problem yang mengganggu.Dari anak hingga cucu ,kami rasa  macam saudara.

Teringat kami main kejar kejar,polis senteri,masak masak dan entah apa lagi.Buat pondok dari atap yang dibuang.Curi beras,garam untuk dimasak.Masak sayur maidin dalam tin.Lepas tu makan sama sama ,seronoknya bukan main.

Hutan tempat main tembak tembak.Peluru biji  pokok ….eh dah lupa pula namanya.Buah saga untuk di goreng ,biji getah pula untuk main congkak.

Ha ,tak lupa juga berkubang dalam air.Tak kira sungai atau parit.Hai orang dedulu mana tahu tentang sakit.Lepto atau Melo sis .Tapi bila kena rotan ,ha masa tulah terjerit jerit:

Mak ampun tak buat lagi ! Taubat!

Tapi besoknya berkubang sakan.

Ketika raya,kami berlumba ,sapa yang dapat banyak duit raya.Itu yang selalu berebut,nak hantar kuih raya kat rumah tauke Ah Seng.Tauke Ah Kau jual taukua dan rumah aci depan sana.

He he kami hidup 1 Malaysia.

 

family 106geng raya.COMEL!

family 118 geng raya – entah tahun bila.

2 comments:

  1. saya kalau tembak2 pakai buah cermai. haha, samalah kita...mandi parit lepas tu perit kena bedal.

    ReplyDelete
  2. kalau saya cerita kat anak anak,depa tak percaya.Mak boleh main tembak tembak,mandi sungai dan parit.Dulu tak fikir pun bab geli atau kotor.Skrg dia orang berkurung,24 jam mengadap komputer.Bosankan.

    ReplyDelete