Tuesday, August 31, 2010

Gulp…oooooh

Waduh.RM 120.00.
Mahalnya. kerepek tu baru RM 10.00.
Mulanya rasa macam tak berbaloi nak hantar barangan RM 10.00 untuk charge yang 10 kali ganda.
Itu pun belum tentu clear.Maunya pihak customs sana tahan,melepas lah anakanda akan permintaanya.Tak senang hati mummy.Maunya bila sampai dah relai jadi sagun! Tapi utk anakanda,bonda rela.

Lagi satu bungkusan Pos Laju ku unjukkan kepada kerani kaunter.
Australia…Hmm RM 123.00.Ini tak apalah juga barangan nya lebih mahal.Kiriman baju kurung dan jubah serta kain tudung utk missy disana.Minta minta tu sampailah semuanya dalam keadaan selamat sebelum hari Raya.....Senang hati mummy.

Dah 3,4 hari hatiku berbuku kerana masih lagi cadangan ku tidak dipatuhi.Rasanya mau saja buat donno.Biaq pi.Tapi masakan boleh.Kerana besok besok pun akan melibatkan diriku juga.
Ambik duit ni pergi bayar.Nanti kena saman baru tahu.
Tunggu dulu lah
Tak apa lah.
Laaa. Mama tak kisah keluarkan duit kerana tak mahu anak mama susah.Tapi kalau tuan badan sendiri tak mahu bertindak,nak buat macam mana? Ini pula adalah tentang pinjaman PTPTN yang perlu di jelaskan.Lebih 3 angka jugalah .Akhirnya,dengan kaki yang berat ,melangkah pergi sidia ke CIMB.Senang hati mummy.

Hari kelmarin,tukang letrik datang membetulkan suis yang rosak.Alang alang buat wiring,biar puas hati.No half past six work.Sbb ni melibatkan keselamatan.Kalau paip air yang bocor, tak apalah juga pakai bandages sana sini.Ini letrik.Mau kejong jadinya kalau buat pandai pandai sendiri.
Jadi dari hanya membetul suis, melarat ke wiring.Dari wiring yang sedepa jadi bermeter meter.Dari tukar kotak swiss melarat ke kotak fius.
Wey? Raya belum lagi buat persiapan.Macam mana ni? .....tak senang hati mummy.

9 comments:

  1. cikgu...
    demi anak..
    dan
    demi keselamatan seisi rumah....
    :-)

    ReplyDelete
  2. Thank you so much,Mama! ;) I really really appreciate it.Kawan ten mak dia kena sampai rm200 just untuk baju n tudung. Yang kerepek tu tak tau berapa.mak dia anta 2 bungkusan jugak.Jadi,mama kira murah la.haha.Thank u!!!!!!!!

    ReplyDelete
  3. Insyallah,setiap yang susah pasti ada kemudahan selepas ni drpd Nya,Mama.Love you! ;)

    ReplyDelete
  4. al kisah...haha you got me laughing. takpe lah, selain safety kan umah nanti berseri terang benderang.

    ReplyDelete
  5. I thought teachers are good at rushing things at the last minute. Or is it just me?

    ReplyDelete
  6. Alaaa kalu dah Mummy tu, Mummy ler jugok. Semua benda dia nak risau.

    hehehehe.. relax Mummy.

    ReplyDelete
  7. PN Rahmah,
    Berkorban apa saja demi insaninsan dikasihi.

    Faten,
    Sorry Ten,tak dapat penuhi semuanya .Makanan postal clerk kata bergantung pada nasib .Lulus or not....customs check.

    Noir,
    Everything seems spinning too fast.Whirring for my attention.Tu yang kelamkabooot.

    PN siti,
    Minta minta tu berjayalah semuanya walau disaat terakhir.

    Pn Azie,
    The Great Worriers are mothers...kalau tak dia siapa lagi.Tapi semua utk kesejahteraan keluarga.

    ReplyDelete
  8. Biasanya wanita especially ibu lebih prihatin tentang perkara yang melibatkan anak-anak dan rumahtangga. Sebab itulah bila orang lain buat cincai-cincai, kita jadi tak senang hati.

    ReplyDelete
  9. Pn Tirana,
    Amat betul sekali.kita yang amat perihatin nilah yang nampak cerewet,kekwat.Cuba buat tak nampak setengah,tentu kita jadi tenang ,setenang air dikolam....ewah.

    ReplyDelete