Tuesday, July 27, 2010

Tiru macam saya-3

 

Seronok juga tulis posting macam ni.Sebab ada penggemarnya. Tapi makcik bukan macam lagu Saloma.Tiru macam Saya yang ada irama.

Hari ni makcik nak cakap fasal lipat baju.

You know what,cara kita urus baju kita melambangkan keperibadian   kita .

Adakah kita semborono,tak apa saja.

Adakah kita tai tai, ada bibik  nak di jerit: Bik where’s my …..

Adakah kita berdisiplin,berkerja ada ISO ada misi ada visi

Itu makcik tak tahu…..he he

 

Cara kita basuh baju banyak orang tak ambil tahu.Yang mana boleh campur yang mana kena satu,satu.

Makcik bertuah,sebab Mr.Fuzzy Logik sedia membantu.

Bila dah siap en.Logik dah berdering,kenalah sidai sampai kering.Kalau ada dryer tu tak lah runsing.Nak masamke,nak hapak ke.

Bila dah kering ,kena lah lipat.Jangan dok longgok lama lama.Nanti ada pula ulau belingkau celah sana.Takkan naya.Tak percaya. Cerita ini memang ada!

Dah lipat,ada lagi kerja.Jangan biar terdedah lama lama.Atas katil,atas lantai,atas kerusi.Sebab cik lipas ke,cik habuk ke memang menggemari.

Cara lipat pun bermacam cara:

Satu….hentam sajalah.

Kedua….urut,letak atas paha.Lipat tangan,lipat badan baru cantik,nampak berkenan.Hei ini bukan X rated ,cuma cara nak lipat pakaian. Ada juga U-tube cara nak lipat t- shirt bila makcik tanya pakcik googel yang ilmuan.

Nak simpan pun kena ada pengetahuan.Toksah lah semua mak,ayah anak,tok menakan dok campur.Kelaskan mereka ikut pattern,ikut tuan,ikut umur.Kan senang pagi besok nak pakai,tidaklah terkapai kapai.Jumpa baju,tak jumpa kain.Jumpa kain tak jumpa tudung. Baru terjerit kat bibik :

Bik,where’s my kain! Where’s my tudung! Where’s my lampin?

Ok ini cara makcik lipat baju kurung:

kain 023

Baju kenduri anak penakan.

kain 016

Lipat baju dahulu.

 

kain 018

Lipat kain.

 

kain 021

Masukkan kain ke dalam baju.Baru tak celaru.

 

kain 022

Ini dia gambarnya.Lipat baju cara saya.

baju kurung makngah

Duduk dalam lemari,habuk tak hinggap,lipas pun tak mengunjung.

 

Untuk anak anak yang mahu belajar.Ex cikgu BI dah jadi cikgu Sains rumahtangga sudi nak ajar.Tak nak ikut?Ikut suka. Tepuk dada tanya selera.

Makcik pun dah seronok blogging,wardrobe pun dah ter tungging.Dah tak keruan ,yang mana baju jalan,yang mana baju rumah.Tapi tak apa,makcik keluar rumah pun jarang jarang.Tak lagi macam dulu.Pagi pagi dah kena punch in.Di rumah punch out pun tak payah!

…………..

Tapi,baru tadi JPN dah telepon.Surat tawaran dekat sangat  dah nak di keluarkan.Jadi,lepas ini kalau makcik kurang berblogging,itu tandanya makcik  dah pakai name tag dan kata:

Good morning!

Bye. Selamat petang.Jumpa lagi .

4 comments:

  1. i jenis teliti (agaknya cerewet, kot!). semua mesti teratur dan diasingkan.
    cikgu, baguslah if masih ada daya menyumbang tenaga. Good Morning! ooops...selamat petang dan salam mid syaaban.

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Guess I'm not as rajin as you are when it comes to lipat-lipat baju. I just hang them. Habis cerita. Nak sambung kerja ke? Please keep those entries coming even after you start working again.

    ReplyDelete
  3. Noir,salam
    Its a novelty to find men spick and span,Mrs.noir must be a lucky lady.
    As for the teaching do,its the RM which is badly needed to pay the bills.

    ReplyDelete
  4. Siti,my lemari tiny weeny,tak cukup utk gantung.Rasa nak sambung tapi larat ke badan yg lebih setengah zaman.Anyway,RM earned could be used to makan angin.
    Sure,writing in this blog has kept my mind intact,tapi tak bolehlah la kut sehari sampai empat!
    Nice knowing you!

    ReplyDelete