Wednesday, July 14, 2010

dari bilik berpagar kayu berukir ini.

 

Bilik ini tak semua orang suka mengunjungnya.Apatah lagi menjadi tetamunya.Namun kadang kadang manusia tak dapat lari dari ketentuan ilahi. Atau adakah kerana nafsu nafsi diri menjadi terheret mengunjung nya satu hari.

Setiap yang menolak pintu kayu untuk masuk kedalam bilik  ini mempunyai cerita sendiri.

Sudah beberapa tempat seperti ini aku kunjungi.Dan tak pernah lah sesiapa yang keluar dari bilik ini muka berseri seri.Yang ku tengok ada air air jernih mengalir dipipi.

Hari ini,ku lihat 4 pasangan di jatuhi hukum kerana berkahwin diluar sempadan.Bukan sahaja pasangan yang muda tetapi ada juga yang umur menghampiri hujung sempadan  usia.

Dibawah seksyen …. kamu dijatuhi hukuman …….Tuan Yang Arif menjatuhkan hukuman atau denda.

Aduh! Kenapa kahwin lari! kalau pun nak berpoligami kenapa tak ukur baju di badan sendiri? Denda yang menjangkau 2000 RM dapatkah berbayar? Kalau nasib tak baik pakcik makcik kena bermalam bilik berpagar.

Melihat pasangan muda satu perkara.Tetapi bila yang separuh usia ,aku tertanya tanya.Mesti ada anak yang teraniaya.Mesti ada isteri yang menderita. Perempuan kenapa sanggup lari ke sempadan hanya nak jadi isteri kedua.Bila kena denda baru perasan yang hidup bermadu ini bukan senang rupanya.

Tapi ,tindakan ayah menyaman anak sendiri kerana mengabaikan zuriatnya adalah perkara yang tak pernah masuk berita. Mungkin ini satu pengajaran pada bapa yang tak peduli bila sudah berbini lagi. Ketua eksekutif . Gaji berbelas ribu masakan tidak mampu. Tapi firasat makciklah ,tindakan bapa menyaman anak bukan sangat kerana wang tetapi pengajaran pada perempuan yang menjadi petualang. Anak sendiri, mesti bapa masih ada perasaan menyayangi.Sanggupkah menjatuh nama  keturunan sendiri.? Tapi kalau sakit hati,mati pun mau dicari sehingga kubur 7 kaki bersegi!

Bingung melihat telatah manusia dimaya ini. Dan aku jadi benci pada bilik berpagar kayu kerana banyak kejadian yang mengharu.

Lebih baik jangan sekali kali kesitu!

 

hm saya dell, makcik call me dello

Dell : Kalau Dell besar nanti,tak mahulah kahwin lari.Buat kenduri kan best dari pergi seberang sempadan. Dapat makan friskies penuh satu pinggan.

Jade : Asyik berkepit dgn mama saja,macam mana nak berbini.

2 comments:

  1. Nauzubillahi minzalik...namun setiap kejadian ada hikmah disebaliknya....walau tempat itu mengerikan namun siapa tahu di situ bermula titik tolak kebahagiaan seseorang.

    ReplyDelete
  2. Puan Nani,
    Tapi apalah kebahagiaan kalau terpaksa melalui tempat ini.Mesti ada bekasnya yang berparutkan.

    ReplyDelete