Thursday, July 29, 2010

Bila pakli naik Lali- Terengganu

 

Bila pakli naik lali ,pakli bawa anak isteri,naik kereta pi Terengganu.

Se ingat makcik ,kunjungan makcik ke Terengganu tu adalah sempena majlis sambut menantu adik kesayangan makcik yang comel dan bungsu. Acik Bib.Love you.

Punyalah jauh serasa beribu batu,sampai kematu baru nak sampai ke rumah yang dituju. Seronok juga kalau adat kahwin berbeza,seorang dari pantai timur seorang dari utara.Bila bercakap kami ternganga sbb tak faham bahasa mereka. Adik makcik kahwin ni makcik dan pakli la tukang bicara.Masa tu kami amatlah muda belia.

Sekali tu makcik berpeluang ke Pulau Perhentian,ikut kursus guru guru besau negeri Peghelih. Jatuh cinta dgn tempatnya,nak pi balik tak boleh boleh. Pakli terkejut makcik berani naik bot,pi tengah laut ,candat sotong. Dia ingat wife dia naik bot tentu terhoyang hayong.Mabuk laut.

Pasar Payang ? or Siti Khadijah,makcik suka tersalah. Beli batik buat kurung,pergi kerja rasa seronok. Lain tu ,makcik suka akok.

 

image

 

Sekali masuk ke Gong Badak,tengok tempat kapal terbang .Tamadddun Islam,keropok lekor, semua kira Trengganu kita semua ada.Tak payah dok cong tak payah dok gebang.

 

P6070362P5210295

Tapi yang istimewa,depa semua ang ang ang.( gaya macam do re mon) Bulang datang malang terang. eeh betul ke makcik Bib?

2 comments:

  1. salam cikgu...
    dah makang sarapang?..
    saya di hospital ni, ramai staff dari kelantan dan terengganu.. dgr depa borak.. tak faham boleh tanya...

    ReplyDelete
  2. dah makang.
    Canggih ya,di hospital pung boleh onlaing.Itu kemajuang.

    ReplyDelete