Wednesday, July 21, 2010

Bila pakli naik lali 2- Bukit Tinggi

Bila pakli naik lali kami lari ke Bukit Tinggi.Tengok awan dekat dekat mungkin boleh jadi ubat.Penat wei urus syarikat. Setiap hari ada saja masaalah,sampai cikli naik pening naik lelah.

family 570  family 562

 

family 574 family 554

Itulah pertama kali kami pergi anak beranak. Jalan dari Highway,memang berliku liku.Tapi bila sampai tak ada lah apa yang istimewa sangat kat situ. Nak rasa dok kat Perancis bolehlah selalu.

By the way,pi Golmar Tropicale rasa macam pi Eropah dan Edinburgh.Kerana bangunan bangunan pun macam disitu. If only I have a scanner,boleh lah upload gambar yang berkurun lamanya itu.

Hmm ,kenapa eh kami pi situ.Adalah  cerita kalau nak tahu.Masa itulah satu kejadian paling sakit keluarga  makcik  tengah mengalami. Itulah sebabnya gambar gambar nampak tak berapa berseri.Kalau tersenyum pun macam .. hm separuh hati.

Yes,hidup kalau tak diuji ,bukannya  kita dapat tahu tabah dak ke hati.Tapi kalau dia datang bertubi tubi serahkan saja pada ilahi .Atau  Larilah ke Bukit Tinggi.Macam kami.

4 comments:

  1. cikgu...
    dah pernah melarikan diri kat bukit tinggi... bestlah jugak... pemandangan ala-ala castle di eropah..
    tp,
    sejuknya tak sama mcm di eropah walaupun ketika itu eropah sedang summer...
    (tp...nak gi eropah dah tak boleh lg sebab rawatan dialysisnya 1000euro.... adoi.. tak mampu..bukit tinggi pun okaylah...)

    ReplyDelete
  2. Makcik pun tak dptlah bayangkan Eropah sbb ongkosnya tak izin.Tapi ingatan kat sana pun ,boleh juga jadi azimat,masa fikiran tgh penat.Belek album lama,tersenyum saya..Hai bilalah nak jadi kaya!.

    ReplyDelete
  3. asal gambar kecik sangat. tak nampak nak usha..

    ReplyDelete
  4. kan makcik pemalu,tu yang gambar bagi kecik kecik,supaya orang tak berapa tahu.Yang mana satu mokjadeandell.Kecil ke atau montel

    ReplyDelete