Friday, September 18, 2009

rendang kelantan( nak cubatry)




( Recipe Pn Ida-1001 recipe blogsopt)

Bahan-bahan 

2 kati daging lembu atau lain-lain daging
3 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan manis
2 tahil lada kering
10 ulas bawang merah
7 ulas bawang putih
sedikit kunyit dan halia
3 biji kelapa
2 sudu besar gula pasir
garam secukup rasa

Cara membuatnya
1) Potong daging besar-besar dan bersihkan.
2) Rebus daging hingga empuk (simpan air rebusan daging).
3) Kemudian siatkan daging tersebut halus-halus.
4) Parut kelapa - 1/4 bahagian di buat kerisik. Selebihnya di perah santannya dengan air rebusan daging tadi.
5) Giling semua bahan rempah sehingga halus.
6) Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan rempah. Masukkan daging dan tuangkan santan dan biarkan mendidih. Kemudian masukan air asam jawa dan gula. Huraikan sedikit. Masak diatas api perlahan hingga kering.


credit to pn ida of 1001 recipe blogspot







#belum cuba lagi hingga hari ini.Maybe this coming raya.

No comments:

Post a Comment